Sultan Ibrahim santuni mangsa paip terbakar

SUBANG JAYA 5 April – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini menyampaikan sumbangan peribadi sebanyak RM1,000 bagi setiap 308 keluarga mangsa letupan paip gas di Putra Heights.

Sumbangan keseluruhan berjumlah RM308,000 melalui Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) diberikan ketika baginda menyantuni mangsa terbabit di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Masjid Putra Heights di sini.

Baginda tiba di PPS berkenaan dengan memandu sendiri kereta Proton Satria Neo pada kira-kira pukul 10.20 pagi, diiringi Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Menteri Besar, Amirudin Shari.

Terdahulu, Sultan Ibrahim melawat lokasi kejadian kebakaran paip gas di Putra Heights di sini, pada pukul 9.40 pagi.

Baginda turut diberikan taklimat berhubung situasi semasa oleh Amirudin dan Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan.

Baginda menzahirkan keprihatinan terhadap nasib mangsa dan turut bertanyakan mengenai kaedah untuk mengatasi trauma dihadapi mereka.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment