Kematian di Gaza meningkat

GAZA – Kematian akibat perang yang disifatkan sebagai genosid sejak Oktober 2023 meningkat kepada 50,609 orang, apabila sekurang-kurangnya 86 lagi penduduk terkorban dalam serangan udara tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, seramai 287 lagi mangsa yang cedera telah dipindahkan ke hospital dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel meningkat kepada 115,063 orang.

Kenyataan itu memberitahu, ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai kepada mereka.

Tentera Israel melancarkan kempen serangan udara mengejut ke atas Gaza pada 18 Mac lepas, menyebabkan 1,249 orang terbunuh dan 3,022 lagi cedera, meskipun terdapat perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan dengan kumpulan Hamas yang berkuat kuasa sejak Januari.

Pnn

Related posts

Leave a Comment