Arab Saudi catat 94 kes baharu

RIYADH 4 Jan. – Selepas merekodkan 82 kes jangkitan positif Covid-19 semalam, Arab Saudi hari ini masih mengekalkan rekod di bawah 100 kes apabila mencatatkan 94 kes baharu.

Menurut Kementerian Kesihatan, dengan tambahan 94 kes itu, jumlah keseluruhan kes ketika ini adalah 363,155 kes dengan jumlah kes aktif 2,290 di mana 347 kes kritikal.

Jumlah kematian pula turut meningkat dengan 10 lagi pesakit meninggal dunia dan menjadikan jumlah kumulatif 6,256 kematian.

Sebanyak 166 kes pulih dilaporkan dalam tempoh 24 jam sekaligus menjadikan jumlah pesakit sembuh meningkat kepada 354,609 atau 97.64 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu Riyadh merekodkan 34 kes jangkitan diikuti Makkah 28 dan wilayah Timur 15 kes.

Related posts

Leave a Comment