BAGAN DATUK 10 Mac – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan merasmikan Masjid Tuminah Hamidi, yang dinamakan sempena nama ibu bapa kepada Ahmad Zahid Hamidi iaitu Allahyarham Tuminah Abdul Jalil dan Allahyarham Raden Hamidi Abdul Fatah. Ketibaan baginda sekitar pukul 7 malam disambut antaranya Ahmad Zahid, Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, dan Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad. Sultan Nazrin berkenan menyempurnakan upacara penanaman pokok Bunga Tanjung atau Mimusops elengi sebagai simbolik perasmian masjid berkenaan, sebelum berbuka puasa bersama kira-kira 2,500 jemputan. Ini diikuti solat Maghrib,…
Read MoreDay: March 10, 2025
Dr Zulkifli doakan kesejahteraan Dr Mahathir
PUTRAJAYA 10 Mac – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad al Bakri mendoakan semoga Tun Dr Mahathir Mohamad dikurnia kesihatan dan keberkatan dalam kehidupannya yang bakal mencecah usia 100 tahun pada Julai ini. Dalam catatan di Facebooknya, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu memberitahu, beliau menziarahi Dr Mahathir di pejabat bekas Perdana Menteri itu “Banyak isu yang kami bualkan, seputar masalah anak bangsa, agama, politik, dan hal antarabangsa. Sesekali, saya bercanda dan beliau menyambut dengan tawanya,” kata Dr Zulkifli. Beliau juga menyampaikan sebuah buku bertajuk…
Read MorePerkukuh SOP siasat percampuran BPI, BPT
PUTRAJAYA. 10 Mac – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan menguatkuasakan Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan (APD) 2011 bagi mengenal pasti mana-mana pihak yang terbabit dalam aktiviti perihal dagangan palsu, termasuk kandungan, jenis dan pelabelan beras. Menterinya, Armizan Mohd Ali, berkata antara kesalahan yang akan diteliti adalah perbuatan menukar bungkusan atau label beras yang boleh mengelirukan pengguna. “Dalam menguatkuasakan Akta 730 ini, analisa sampel beras adalah aspek yang amat penting dalam penentuan BPI dan BPT,” katanya dalam satu kenyataan selepas mengadakan pertemuan bersama Institut Penyelidikan dan…
Read MoreRM40,000 bukan ‘pendapatan bersih’
SEPANG 10 Mac – Gaji dan elaun Ahli Parlimen pembangkang yang didakwa mencecah RM40,000, bukanlah pendapatan bersih kerana ia perlu ditolak pelbagai pembayaran yang perlu diberi kepada rakyat. Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata Anwar Ibrahim boleh menunjukkan bagaimana kiraan gaji seorang Ahli Parlimen mencecah RM40,000 dan bagaimana pendapatan itu digunakan semula untuk bantu rakyat. Katanya , Perdana Menteri itu juga elok membandingkan dengan gaji Menteri-menteri dan Ahli Parlimen kerajaan. “Kalau PM10 kata gaji Ahli Parlimen pembangkang boleh sampai RM40,000, maksudnya pendapatan Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Ahli Parlimen…
Read MoreVijayan Savarinathan mohon maaf
SEPANG 10 Mac – Pemilik akaun Facebook ‘Vijayan Savarinathan’ muncul melalui video terbaharu dengan membuat permohonan maaf secara terbuka selepas tular video yang dimuat naiknya mengandungi perkataan lucah dan penghinaan terhadap orang Melayu dan agama Islam. Menerusi video yang dimuat naik di Facebook hari ini, individu tersebut mengakui kesilapan yang dilakukannya sebelum ini. Individu itu menjelaskan tindakannya adalah berpunca daripada kemarahan terhadap penularan video melibatkan penyampai sebuah stesen radio yang sebelum ini didakwa menghina agama Hindu. “Saya minta maaf ikhlas daripada hati saya… apa yang saya buat dan saya cakap…
Read MoreTakkan miskin, gaji ahli Parlimen RM40,000
CYBERJAYA 10 Mac – Ruang untuk pembangkang berunding mengenai peruntukan kepada Ahli Parlimen mereka masih terbuka dan draf memorandum persefahaman (MoU) itu boleh dipinda, kata Anwar Ibrahim. Justeru, Perdana Menteri mempersoalkan tindakan pembangkang yang masih berbuat “bising” di luar, tanpa mengambil inisiatif untuk bermesyuarat mengenai isu peruntukan itu dengan kerajaan. “Mesyuaratlah dulu, draf memorandum persefahaman (MoU) itu boleh dipinda. Ini nak bising di luar sebab apa? Nak jadi hero jalanan, belajar dulu. “Jadi sekarang ini, dia gunakan isu ini, riuh rendah. Ada mengatakan kami sampai miskin kerana hutang. Tahu berapa…
Read MorePN ada asas tolak syarat ‘luar biasa’ MoU
NILAI 10 Mac – Perikatan Nasional (PN) mempunyai sebab dan asas tersendiri untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Pengerusinya Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Presiden Bersatu menegaskan syarat ditetapkan dalam memorandum persefahaman (MoU) itu adalah luar biasa dan ketat seolah-olah terpaksa menyerahkan segala-galanya kepada kerajaan. Muhyiddin mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berhubung status draf perjanjian antara kerajaan dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk menerima dana wakil rakyat kini di fasa akhir. “Biarlah kalau Syed Saddiq…
Read MoreCarney ganti Trudeau pimpin Liberal
OTTAWA – Bekas Gabenor Bank Pusat, Mark Carney dipilih menerajui Parti Liberal Kanada sekali gus akan menggantikan Justin Trudeau yang berundur sebagai Perdana Menteri selepas berdepan beberapa krisis politik. Carney akan mengambil alih kepemimpinan pada saat yang mencabar bagi Kanada, yang berdepan perang perdagangan dengan sekutu lamanya, Amerika Syarikat (AS). Walaupun Carney akan mengambil alih serta-merta sebagai pemimpin Parti Liberal, Trudeau akan kekal sebagai Perdana Menteri Kanada untuk tempoh peralihan yang belum diumumkan bagi membolehkan penggantinya menyesuaikan diri. Beliau dijangka memimpin parti itu dalam pilihan raya Persekutuan seterusnya – yang…
Read MoreDUN Tempasuk pilihan Mustapha
KOTA KINABALU 10 Mac – Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Mustapha Sakmud tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk di Parlimen Kota Belud pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) akan datang. Bagaimanapun, Ahli Parlimen Sepanggar itu, berkata perkara itu masih dalam penilaian dan belum diputuskan, tertakluk kepada perundingan dengan rakan parti lain yang akan bekerjasama dengan PKR dan Pakatan Harapan (PH). Katanya, beliau juga menilai pandangan beberapa pihak mengenai kerusi lain yang berpotensi ditandinginya berdasarkan penerimaan dan sokongan rakyat di kawasan terbabit. DUN Tempasuk…
Read More