SEPANG 10 Mac – Gaji dan elaun Ahli Parlimen pembangkang yang didakwa mencecah RM40,000, bukanlah pendapatan bersih kerana ia perlu ditolak pelbagai pembayaran yang perlu diberi kepada rakyat.
Ketua Penerangan Bersatu Tun Faisal Ismail Aziz berkata Anwar Ibrahim boleh menunjukkan bagaimana kiraan gaji seorang Ahli Parlimen mencecah RM40,000 dan bagaimana pendapatan itu digunakan semula untuk bantu rakyat.
Katanya , Perdana Menteri itu juga elok membandingkan dengan gaji Menteri-menteri dan Ahli Parlimen kerajaan.
“Kalau PM10 kata gaji Ahli Parlimen pembangkang boleh sampai RM40,000, maksudnya pendapatan Menteri-menteri, Timbalan-timbalan Menteri dan Ahli Parlimen kerajaan boleh mencecah RM80,000 – RM100,000 sebulan,” katanya melalui satu hantaran di Facebooknya.
Beliau berkata, selain gaji dan elaun sebagai Ahli Parlimen, Menteri-menteri dan ahli-ahli Parlimen kerajaan juga memperoleh pendapatan melalui pelbagai jawatan (lembaga pengarah) yang menggunakan peruntukan kerajaan, ICU yang datang daripada duit rakyat.
“Berapa banyak sebenarnya gaji dan pendapatan Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan Menteri-menteri, dan berapa banyak pula peruntukan yang kerajaan bagi menggunakan duit rakyat kepada mereka, sehingga mereka tak perlu gunakan duit gaji dan pendapatan mereka untuk membantu rakyat di kawasan?,” soalnya.
Menurut Tun Faisal ahli Parlimen kerajaan juga mendapat peruntukan daripada kerajaan menggunakan duit rakyat antara RM1,700,000 hingga RM2,200,000.
“Ini tidak termasuk peruntukan melalui Kementerian-Kementerian kepada Ahli-ahli Parlimen kerajaan untuk buat program di kawasan masing-masing, ada kementerian yang boleh agihkan RM50,000 untuk setiap kawasan.
Kalau PM10 nak kata Ahli-ahli Parlimen kerajaan dan Menteri-menteri tak miskin tu memang betul. Nak bagi rakyat pun guna balik duit rakyat,” katanya.
Nnn