Agong solat Aidilfitri di Masjid Wilayah

KUALA LUMPUR 31 Mac- Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah, berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, hari ini. Ini kali pertama Baginda menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Wilayah Persekutuan selepas ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, pada 20 Julai tahun lalu. Keberangkatan tiba Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah pada 8.15 pagi diiringi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail serta Jemaah Menteri. Solat sunat Aidilfitri berkenaan diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Prof…

Read More

Serangan udara bunuh 33 rakyat Palestin

GAZA CITY – Sekurang-kurangnya 33 rakyat Palestin termasuk 13 kanak-kanak terbunuh manakala beberapa yang lain cedera dalam siri serangan udara Israel sejak awal pagi Ahad. Serangan udara Israel menyasarkan kediaman penduduk, khemah perlindungan, serta kenderaan awam di Gaza City, Jabalia di utara, dan Khan Younis di selatan. Menurut sumber perubatan, serangan ke atas beberapa kawasan termasuk sebuah rumah di Bani Suheila, timur Khan Younis, serta khemah yang menempatkan keluarga pelarian di Qizan Raswan meragut 17 nyawa, termasuk lapan kanak-kanak. Pada masa yang sama, kereta kebal dan artileri Israel turut membedil…

Read More

15 mayat anggota penyelamat ditemukan

GAZA – Bulan Sabit Merah Palestin menemui mayat 15 anggota pasukan penyelamat yang terbunuh seminggu lalu apabila pasukan Israel menyerang ambulans di Gaza Mayat yang ditemui termasuk lapan anggota perubatan Bulan Sabit Merah, enam anggota agensi pertahanan awam Gaza, dan seorang pekerja agensi Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB). Kenyataan itu menegaskan, mereka yang terbunuh disasarkan oleh tentera Israel ketika mereka sedang menjalankan tugas kemanusiaan. Kesemua mereka dalam perjalanan ke kawasan Hashashin di Rafah untuk memberikan bantuan kepada mangsa yang cedera akibat serangan Israel. “Menyasarkan pasukan perubatan Bulan Sabit Merah… hanya…

Read More

Malaysia, Singapura raya Isnin

KUALA LUMPUR 30 Mac – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Syed Danial Syed Ahmad, malam ini. “Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 31 Mac 2025,” katanya. Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen dan radio tempatan. Sementara itu,…

Read More

Selesai masalah tanpa kecoh, kecederaan

KUANTAN 30 Mac –  Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah menitahkan sebarang permasalahan melibatkan peniaga dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu diselesaikan dengan cara yang paling wajar, tidak melibatkan kekecohan apatah lagi kecederaan. Titah Baginda, apa jua bentuk urusniaga yang dijalankan perlu mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang antaranya peniaga perlu memohon lesen atau permit perniagaan manakala PBT pula perlu menyediakan tempat yang khusus dan selamat untuk semua pihak. Justeru baginda melalui Facebook Kesultanan Pahang menasihatkan para peniaga dan PBT di negeri ini…

Read More

Abang Belon dapat tajaan umrah

SEPANG 30 Mac –  Pendakwah, Ebit Lew menawarkan tajaan umrah kepada peniaga belon yang terlibat dalam insiden pergelutan dengan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini. Menerusi kenyataan di Facebook, Ebit berkongsi momen menyentuh hati ketika menziarahi Muhamad Za’imuddin Azlan, 29, yang mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang belakang. “Alhamdulillah, dapat ziarah abang belon, Zaim. Sampai tadi Zaim peluk menangis kuat-kuat. Ustaz, saya nak raya, tolong saya…Allahuakhbar, berat ujian Zaim. “Orang Jerantut, Pahang… kadang-kadang kita rasa ujian kita berat rupanya ada yang lagi berat,” katanya. Muhamad Za’imuddin terpalit…

Read More

Jiwa kacau berdepan karenah insan ‘kerdil’

MENYELAK kembali kisah layanan terhadap Pak Cik OKU, Pak Cik PetaI, Abang Belon, timbul persoalan di manakah nilai kemanusiaan, adab dan budaya Melayu ketika ‘melayani’  karenah insan kerdil yang ‘tidak punyai apa-apa’. Benar tugas penguat kuasa mengambil tindakan mengikut undang-undang. Tiada siapa boleh pertikaikan. Yang bersalah itu mesti dihukum walaupun kesalahannya mencuri susu untuk anak yang sedang kelaparan. Tetapi ketika bertindak di mana hilangnya budaya dan adab ketika berdepan manusia yang hanya bersenjatakan belon, petai, mulut atau tingkah laku? Mereka itu bukannya bersenjata parang, pistol atau bom tangan, paling tidak…

Read More

Hamas setuju gencatan senjata baharu

ISTANBUL – Hamas bersetuju dengan cadangan gencatan senjata baharu di Gaza yang dikemukakan Mesir dan Qatar, dengan harapan Israel tidak akan menghalang pelaksanaannya. “Kami menerima cadangan daripada saudara-saudara kami di Mesir dan Qatar yang menjadi perantara rundingan ini. “Kami menyambut baik cadangan ini dan menerimanya. Kami berharap pihak penjajah tidak akan mensabotaj atau menggagalkan usaha para perantara,” kata Ketua Hamas di Gaza, Khalil al-Hayya dalam ucapan yang disiarkan secara langsung sempena Aidilfitri. Al-Hayya tidak mendedahkan butiran cadangan itu, tetapi laporan antarabangsa menyebut bahawa Mesir dan Qatar telah mencadangkan satu perjanjian…

Read More