SEPANG 4 Mac – Golongan pesawah perlu diperkasakan melalui koperasi ataupun persatuan peladang yang sedia ada, bagi membolehkan mereka untuk memproses dan menjual hasil mereka terus kepada pengguna. Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, langkah itu bagi mengelakkan golongan petualang menekan serta terus-menerus menipu rakyat berhubung jualan beras tempatan Beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang mengatakan aktiviti campuran beras putih tempatan (BPT) dan import berlaku sejak 1970-an lagi.. “Tetapi, kalau dahulu harga BPT dan import…
Read MoreDay: March 4, 2025
Bertentangan prinsip Rukun Negara
PUTRAJAYA – Tindakan mempersenda atau menghina mana-mana agama termasuk Hindu di sebuah stesen radio tempatan milik Astro jelas bertentangan dengan prinsip Rukun Negara, kata Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang. Beliau yang mengutuk tindakan seumpama itu berkata, semua pihak seharusnya sentiasa menjaga dan menghormati sensitiviti agama serta budaya di Malaysia. “Sebagai sebuah negara majmuk, kita harus memupuk semangat saling menghormati antara satu sama lain, tanpa mengira latar belakang agama atau bangsa. “Sebarang perbuatan menyinggung perasaan penganut agama lain tidak sepatutnya diterima dalam masyarakat kita yang berbilang kaum,” katanya dalam kenyataan…
Read MoreTiga penyampai 3 Pagi Era direhatkan
KUALA LUMPUR 4 Mac – Astro Audio merehatkan tiga penyampai Era FM, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin susulan kontroversi dicetuskan yang didakwa mempersenda upacara agama Hindu ketika segmen 3 Pagi Era. Astro Audio dalam satu kenyataan menyebut, penggantungan ketiga-tiga penyampai itu dibuat sehingga siasatan selesai. “Kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini,” menurut kenyataan itu. Astro Audio melalui kenyataan itu memberitahu, pihaknya komited terhadap…
Read MoreCampur beras berlaku sejak 1970-an
KUALA LUMPUR 4 Mac – Tindakan mencampurkan beras tempatan dan import berlaku sejak tahun 1970-an lagi selepas penubuhan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN), bukannya baru berlaku ketika pentadbiran kerajaan sekarang. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata dapatan itu diperoleh hasil kajian dijalankan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) ke atas industri padi dan beras sejak awal 2024. Hasil kajian itu, MyCC juga merumuskan tujuan campuran ini adalah memenuhi cita rasa pengguna tempatan serta untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran. “Hasil kajian berkenaan sudah dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa…
Read MoreBerita pilihan…
Hubungan tegang Trump – Zelensky
WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengingatkan bahawa beliau tidak akan ‘bersabar’ lagi dengan pendirian Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, yang menegaskan mahu menamatkan perang dengan Russia secepat mungkin. Trump menyifatkan kenyataan Zelensky mengenai perjanjian menamatkan perang sebagai mustahil dicapai dalam masa terdekat dan menyifatkannya sebagai ‘kenyataan paling buruk yang boleh dikeluarkan olehnya’. “AS tidak akan bertolak ansur dengan perkara ini,” kata Trump di media sosial selepas Zelensky menuduh Russia menceroboh Ukraine pada 2014 dan memperluaskan konflik secara besar-besaran pada 2022 kerana tidak serius dalam usaha damai. Zelensky menegaskan…
Read MorePyongyang kecam kehadiran kapal perang AS
SEOUL – Kehadiran kapal perang milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) di pelabuhan Busan, Korea Selatan menimbulkan kecaman Korea Utara yang dianggap sebagai ‘provokasi politik dan ketenteraan’. Kapal perang jenis USS Carl Vinson itu tiba di Busan bagi lawatan pelabuhan yang dijadualkan pada Ahad. “Sebaik sahaja pentadbiran baharu AS muncul tahun ini, negara itu meningkatkan provokasi politik dan ketenteraan terhadap Republik Demokratik Rakyat Korea (DPRK) dengan meneruskan dasar bermusuhan pentadbiran terdahulu,” kata Kim Yo-jong, adik kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un. Kenyataan itu disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).…
Read More