RUU Majlis Media Malaysia diluluskan

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Selepas 50 tahun penubuhannya dirancang, Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) 2024 diluluskan Dewan Rakyat dengan sokongan majoriti setelah dibahas 18 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang. RUU MMM 2024 yang bertujuan, antara lain menubuhkan badan kawal selia kendiri bagi menjaga kepentingan media dan pengamal media itu mengandungi 23 Fasal, dibentangkan Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching untuk bacaan kali pertama pada 12 Disember 2024. Ketika membentangkan untuk bacaan kali kedua, hari ini, Nie Ching, berkata RUU itu digubal dengan hasrat industri media untuk menubuhkan…

Read More

MOTAC gantung lesen Hejira Travel

PUTRAJAYA 26 Feb. – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat pengendali umrah, Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482). Dalam kenyataan hari ini, MOTAC memaklumkan, dalam tempoh penggantungan itu, syarikat tidak boleh membuat sebarang urus niaga baharu termasuk pengiklanan jualan pakej dan memulangkan semula bayaran serta apa-apa dokumen milik jemaah umrah yang memilih untuk membatalkan tempahan. Pada masa sama, syarikat berkenaan juga dinasihatkan untuk menyelesaikan semua perjalanan yang telah ditempah atau dibayar. Menurut kenyataan itu, setakat ini…

Read More

5 pukul OKU didenda RM2,000 seorang

CHUKAI 26 Feb. – Lima lelaki yang memukul lelaki orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di Pasar Pagi Chukai, dekat sini bulan lalu didenda RM2,000 seorang selepas masing-masing mengaku bersalah. Bagaimanapun seorang lagi lelaki mohon untuk dibicarakan. Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli yang turut mengesahkan enam suspek didakwa susulan kes itu di Mahkamah Majistret Kemaman. Beliau berkata, semua tertuduh dihadapkan ke mahkamah dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan. “Semua tertuduh yang mengaku bersalah itu telah dikenakan hukuman denda RM2,000…

Read More

Sah BPT dicampur dalam beras import

SERDANG 26 Feb. – Spekulasi beras putih tempatan (BPT) dicampur dalam kampit beras import sebelum dijual di pasaran terjawab apabila sekitar 40 hingga 50 peratus beras import daripada 5,000 sampel yang dianalisis disahkan bercampur BPT. Persoalan itu terjawab hasil kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Menurut Pegawai Penyelidik Kanan Biologikal Sains (genetik) Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi, MARDI, Mohd Syahril Firdaus Ab Razak, kajian menggunakan teknologi pengcapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) beras itu dijalankan sepanjang tahun 2023 dan 2024. Bercakap pada sidang media di sini, beliau…

Read More

Jawatankuasa atasi kemelut peruntukan

KUALA LUMPUR 26 Feb. – Kerajaan bersedia menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi meneliti pandangan serta cadangan semua pihak ke arah mencari penyelesaian terhadap kemelut berkaitan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang perlu mencapai konsensus bersama berhubung perkara itu. “Sebab kerajaan ini terpaksa ada konsensus. Jadi, konsensus itu yang perlu kita dapatkan. Namun, tidak perlu bawa ke media, nanti kita bincang. “Sesiapa yang mahu bincang, kita bincang dan tubuhkan jawatankuasa untuk memperhalusi segala cadangan sebab walaupun (ada perkara) dikemukakan YB Syed Saddiq…

Read More

Letak jawatan tanda protes Trump

WASHINGTON – Kira-kira satu pertiga kakitangan di Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang diketuai Elon Musk meletak jawatan sebagai tanda protes, dengan mendakwa mereka enggan melaksanakan perubahan yang boleh membahayakan negara. Dalam surat yang ditulis oleh 21 kakitangan DOGE, mereka memaklumkan sebelum ini bersumpah untuk berkhidmat kepada rakyat AS dan Perlembagaan merentasi pentadbiran Presiden. “Bagaimanapun kini jelas bahawa kami tidak lagi dapat menunaikan komitmen berkenaan,” katanya dalam surat kepada Ketua Staf Rumah Putih, Susan Wiles. Dalam surat itu, kumpulan pekerja berkenaan menggambarkan proses peralihan yang kucar-kacir sejak 21 Januari lalu dengan…

Read More

Rumah Putih tentukan wartawan liputan

WASHINGTON – Rumah Putih mengumumkan akan menentukan sendiri wartawan yang mendapat hak liputan acara Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump,  sekali gus menarik kuasa kebebasan persatuan media sejak satu abad lalu. Setiausaha Akhbar, Karoline Leavitt, berkata Persatuan Wartawan Rumah Putih (WHCA) tidak seharusnya memonopoli untuk memilih anggota kumpulan liputan khas, iaitu kumpulan kecil wartawan yang membuat liputan terhadap Trump di lokasi seperti Pejabat Oval dan pesawat Air Force One. Perkembangan itu berlaku di tengah-tengah pertelingkahan antara Rumah Putih dan agensi berita Associated Press, yang kini dihalang Trump daripada menghadiri acara…

Read More