5 pukul OKU didenda RM2,000 seorang

CHUKAI 26 Feb. – Lima lelaki yang memukul lelaki orang kurang upaya (OKU) dalam kejadian di Pasar Pagi Chukai, dekat sini bulan lalu didenda RM2,000 seorang selepas masing-masing mengaku bersalah.

Bagaimanapun seorang lagi lelaki mohon untuk dibicarakan.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli yang turut mengesahkan enam suspek didakwa susulan kes itu di Mahkamah Majistret Kemaman.

Beliau berkata, semua tertuduh dihadapkan ke mahkamah dan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Semua tertuduh yang mengaku bersalah itu telah dikenakan hukuman denda RM2,000 setiap seorang,” katanya.

Mohd Razi juga menasihati orang ramai tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan spekulasi tidak benar berhubung kes itu yang mana videonya tular di media sosial.

Related posts

Leave a Comment