Bernas sumbang RM30 juta bantu pesawah

PUTRAJAYA 13 Feb. –  Syed Mokhtar Al-Bukhary melalui Padiberas Nasional Berhad (Bernas) akan menyalurkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi menyokong usaha kerajaan membela nasib pesawah miskin. Anwar Ibrahim berkata, Syed Mokhtar sudah mempersetujui peruntukan berkenaan selepas beliau menghubungi tokoh korporat itu, hari ini. Perdana Menteri berkata, ia susulan pengumuman Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan,  Mohamad Sabu, mengenai keputusan kerajaan menyelaraskan harga lantai belian padi daripada RM1,300 kepada RM1,500 per metrik tan, berkuat kuasa 16 Februari ini. “Saya juga ingin menyatakan penghargaan kepada BERNAS yang telah bersama-sama kerajaan dalam memastikan kebajikan…

Read More

Tarif elektrik: 2 bekas PM senada 85 peratus terkesan

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Dua bekas Perdana Menteri mempersoalkan apakah jaminan kerajaan bahawa kenaikan tarif elektrik pada pertengahan tahun ini tidak memberi kesan terhadap 85 peratus isi rumah. Muhyiddin Yassin (PN Pagoh) dan Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) senada menolak penjelasan Anwar Ibrahim dan mendakwa kenaikan tarif elektrik akan memberi kesan kepada rakyat secara keseluruhan. Ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, Muhyiddin bertanya apakah jaminan kerajaan bahawa 85 peratus pengguna domestik tidak akan terjejas boleh dipercayai. “Meskipun Tambun (Anwar) memberi jaminan kenaikan tarif elektrik hanya dikenakan…

Read More

Ingatlah,Islam agama rasmi negara

KUALA LUMPUR 13 Feb. –  Ketua Pembangkang, Hamzah Zanudin menegaskan, pelantikan menteri bagi hal ehwal agama diberikan kepada individu beragama Islam selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini. Katanya, Ahli Parlimen Raub dari DAP, Chow Yu Hui yang mencadangkan jawatan menteri itu dipecah dua kepada bukan Islam perlu lebih peka tentang perkara tersebut. “Dia kena ingat negara kita ini agama Islam adalah agama rasmi. Sebab itu kita lantik seorang yang beragama Islam untuk melihat tentang kedudukan tentang agama Islam sebab ia merupakan agama yang rasmi,” katanya dalam sidang…

Read More

Tiada keperluan menteri hal ehwal bukan Islam

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Setiausaha Agung UMNO,  Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, tiada keperluan untuk mewujudkan jawatan menteri hal ehwal agama lain seperti dicadangkan Ahli Parlimen Raub dari DAP Chow Yu Hui semalam. Justeru, beliau berharap semua pihak menghormati Perlembagaan Persekutuan termasuk Perkara 3 yang sudah termaktub dalam menjaga keharmonian negara. “Hormati Perlembagaan Perkara 3 berkaitan kedudukan Islam dan Raja-raja Melayu Pemelihara Islam. Tiada keperluan menteri hal ehwal agama lain. Menteri Perpaduan yang patut jalankan kerja,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Selain itu, katanya, tiada peruntukan yang menyediakan…

Read More

Harga lantai padi RM1,500, beras tempatan kekal

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Harga lantai belian padi akan diselaraskan daripada RM1,300 kepada RM1,500 bagi setiap tan metrik berkuat kuasa Ahad ini manakala harga beras putih tempatan di pasaran kekal pada RM2.60 sekilogram. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu ketika mengumumkan demikian berkata, pengekalan harga menyebabkan kerajaan perlu menanggung kos pengeluaran berjumlah RM150 juta bagi tempoh enam bulan ini. Katanya, dalam tempoh enam bulan ini, sebanyak 24 juta kampit beras 10 kilogram yang berharga RM26 akan berada di pasaran. “Pengumuman ini diharap dapat memberikan solusi menang-menang kepada semua,…

Read More

PM jawab isu Adendum selepas kes selesai

KUALA LUMPUR 13 Feb. –  Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberitahu Dewan Rakyat, beliau akan menjawab isu Titah Adendum membabitkan  Najib Razak sebaik kes itu selesai di mahkamah. Katanya, beliau sebelum ini sudah memberi jaminan akan menjawab isu berkenaan di Parlimen. “Tak jawab Adendum, saya dah bagitau, nak jawab macam mana, kes mahkamah. Selesai kes mahkamah saya jawab, saya nak tengok ketua pembangkang hadir atau tidak. “Nak lari daripada mana? Kamu boleh jerit banyak mana pun. Saya tahu faktanya, tapi nak suruh singgung kedudukan Raja, saya tak boleh. Dalam hal ini,…

Read More

Siasatan himpunan bebas rasuah dihentikan

KUALA LUMPUR 13 Feb. – Kerajaan mengarahkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta, kata Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata tindakan sama juga diambil terhadap himpunan oleh ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), berlangsung di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh minggu lalu. “Tindakan (polis) sebelum ini iaitu siasatan terhadap semua mahasiswa yang terbabit dalam himpunan bebas rasuah, siasatan dihentikan dan tidak ada tindakan akan diambil. Juga mogok lapar, tunjuk perasaan mengenai SOSMA juga…

Read More

Israel ancam lancar perang baharu

GAZA – Israel mengancam untuk melancarkan ‘perang baharu’ terhadap Hamas dan melaksanakan pelan Presiden Amerika Syarikat (AS) untuk mengusir rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza sekiranya tebusan tidak dibebaskan hujung minggu ini. Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz itu mengeluarkan kenyataan itu selepas Hamas menegaskan pihaknya tidak tunduk terhadap ancaman AS dan rejim Zionis berhubung pembebasan tebusan di bawah perjanjian gencatan senjata yang rapuh. “Perang Gaza yang baharu… tidak akan berakhir tanpa kekalahan Hamas dan pembebasan semua tebusan. Ia juga akan membolehkan realisasi visi Presiden AS Trump untuk Gaza,” katanya. Pada hujung…

Read More

Israel bakar rumah, ladang di Lubnan

BEIRUT – Israel didakwa melanggar perjanjian gencatan senjata, susulan tenteranya dilaporkan membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan semalam, Rabu. Menurut Agensi Berita Lubnan, beberapa rumah dibakar oleh tentera Israel di bandar Al-Aadaissah dan tentera juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab. Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan. Gencatan senjata dilaksanakan sejak 27 November, mengakhiri berbulan-bulan tembakan bersama antara Israel dan Hizbullah yang meningkat menjadi konflik berskala penuh pada September lalu. Walaupun gencatan senjata termeterai, Israel melakukan hampir 900…

Read More