Mengapa sewa helikopter mahal?

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, mendakwa wujud skandal baharu terpalit kerajaan berkaitan sewaan 28 helikopter jenis AW139 yang bernilai RM16.6 billion. Beliau mempersoalkan mengapa sewaan helikopter berkenaan begitu mahal sedangkan negara lain boleh membelinya dengan harga lebih rendah. Ahli Parlimen Larut itu berharap kerajaan mengambil tindakan sewajarnya agar generasi akan datang tidak terpaksa menanggung bebanan hutang ekoran kos terpaksa ditanggung untuk helikopter berkenaan. “Semalam Yang di-Pertuan Agong bertitah jangan ada perkara-perkara peribadi yang dibawa dan mesti mempertahankan untuk rakyat. Ini yang saya nak pertahankan. Kenapa kerajaan…

Read More

Tol percuma perayaan hapus

SEKINCHAN4 Feb. – Kerajaan mengekalkan ketetapan tiada lagi tol percuma pada musim perayaan tahun ini sebaliknya akan melaksanakan pemberian diskaun tol 50 peratus seperti diperkenalkan sempena Tahun Baharu Cina baru-baru ini. Menteri Kerja Raya,  Alexander Nanta Linggi, berkata Kabinet telah memutuskan ketetapan itu tahun lalu untuk menyelaraskan pemberian subsidi supaya lebih tersasar kepada mereka yang memerlukan bantuan. “Jadi, keputusan itu memang tetap dan tak ada lagi pada tahun ini (tol percuma). Seperti sedia maklum, minggu lepas Tahun Baharu Cina bukan diberi tol percuma, tetapi diskaun 50 peratus. Disebabkan itu, untuk…

Read More

Larang bangkit Titah Adendum, sebut derhaka

KUALA LUMPUR 4 Feb.  – Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul memutuskan isu berkaitan polemik Titah Adendum tidak dibenarkan dibangkitkan pada sesi Dewan Rakyat kali ini. Ketika memutuskan demikian, beliau juga melarang penggunaan perkataan derhaka untuk isu berkaitan Titah Adendum mengikut Peraturan Mesyuarat 36(7). Keputusan dibuat selepas RSN Rayer (PH-Jelutong) mencelah membangkitkan mengenai perkara itu ketika beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan ‘berdebat’ mengenai kewujudan Titah Adendum dan isu penderhakaan. “Ini keputusan saya, baik saya putuskan. Oleh kerana ia 36(2) dan (isu Titah Adendum masih) dalam mahkamah dan perkataan derhaka…

Read More

Hampir 20,000 pelajar terlibat vape

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Hampir 20,000 pelajar terjebak dalam penggunaan rokok elektronik atau vape tahun lalu, berdasarkan statistik yang direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM), kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh. Katanya, pada 2024, sebanyak 19,450 murid dilaporkan terbabit dan ini merupakan 0.38 peratus daripada jumlah keseluruhan murid di bawah Kementerian Pendidikan. Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Roslan Hashim (PN-Kulim Bandar Baharu) yang meminta KPM menyatakan statistik pembabitan murid sekolah dengan rokok elektronik atau vape. Menurut Kah Woh lagi, pada tahun lalu juga, trend merokok dalam…

Read More

Tiada perbincangan BN singkir MCA

KUALA LUMPUR 4 Feb. – Hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja yang mencadangkan supaya berlaku penyingkiran MCA daripada Barisan Nasional (BN), kata Dr Ahmad Zahid Hamidi. Pengerusi BN itu berkata, tidak ada sebarang perbincangan untuk menyingkirkan MCA sebaliknya komitmen gabungan itu sangat jitu dalam mengekalkan rakan parti komponen terasnya iaitu MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS). “Kita tidak akan pernah terpengaruh dengan sebarang desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN. Tidak pernah (berlaku perbincangan), hanya mereka yang bermimpi di siang hari saja yang mencadangkan itu…

Read More

85% rakyat tidak terlibat kenaikan tarif elektrik

85 peratus rakyat tidak terlibat kenaikan tarif elektrik KUALA LUMPUR 4 Feb. – Anwar Ibrahim menegaskan kadar kenaikan tarif elektrik hanya akan membabitkan industri dan akan berlaku mengikut kaedah Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT) mulai Julai depan. Perdana Menteri berkata beliau menyatakan perkara itu dengan jelas, yang mana kadar kenaikan itu tidak akan sesekali membabitkan 85 peratus rakyat. “Dengar betul-betul. Ini (kenyataan kata kerajaan bertindak secara ‘flip flop’ kerana) dengar dengan sentimen marah. Ini penyakit marah, bukan penyakit fakta ekonomi,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari…

Read More

Kenaikan harga lantai padi diumum minggu depan

KUALA LUMPUR 4 Feb.  – Dewan Rakyat hari ini diberitahu, kerajaan akan mengumumkan kenaikan harga lantai padi baharu pada kadar yang munasabah minggu depan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, kenaikan itu bakal diperincikan secara lanjut oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, di Dewan Rakyat. Bagi mengimbangi harga beras dalam pasaran susulan kesan kenaikan harga lantai padi yang baharu itu, beliau berkata, kerajaan juga akan memperuntukkan subsidi bernilai RM150 juta bagi tempoh enam bulan. “Kita juga kena tambahan lagi subsidi RM150 juta minimum dari kerajaan supaya kos…

Read More

Afrika Selatan nafi dakwaan Trump

JOHANNESBURG – Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa, menafikan dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa pihak berkuasa negara itu sedang “merampas tanah.” Kenyataan itu sebagai maklum balas terhadap ancaman Trump yang mahu memotong bantuan berikutan dakwaan layanan buruk terhadap petani kulit putih. “Afrika Selatan adalah sebuah demokrasi berperlembagaan yang berlandaskan kedaulatan undang-undang, keadilan dan kesaksamaan. Kerajaan Afrika Selatan tidak pernah merampas sebarang tanah,” kata Ramaphosa di platform X. Katanya, Afrika Selatan mengalu-alukan perbincangan dengan pentadbiran Trump mengenai dasar pembaharuan tanah dan isu-isu berkepentingan dua hala. Beliau juga menegaskan, walaupun…

Read More

Trump tangguh tarif ke atas Kanada, Mexico

WASHINGTON – Beberapa jam sebelum Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif ke atas Mexico dan Kanada, Presiden Donald Trump mengumumkan penangguhan itu  selepas berbincang dengan pemimpin kedua-dua negara semalam. Tarif yang dicadangkan termasuk duti sebanyak 25 peratus ke atas semua import dari Mexico dan kebanyakan import dari Kanada (pengecualian tarif 10 peratus ke atas produk tenaga), serta tarif baharu 10 peratus ke atas barangan China. Trump menangguhkan tarif ke atas negara jiran AS selepas Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum dan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau, bersetuju untuk meningkatkan kawalan di sempadan mereka…

Read More