Sabah ‘total lockdown’ Sarawak PKP

KUALA LUMPUR 28 Mei – Sabah akan turut melaksanakan penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi ataupun ‘total lockdown’ Fasa Pertama bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun ini

Menurut kenyataan media Ketua Menteri malam ini, kerajaan negeri menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Muhyiddin Yassin lewat petang ini berhubung pelaksanaan ‘total lockdown’ itu.

“Kerajaan negeri juga memutuskan untuk melaksanakannya di negeri Sabah kerana langkah ini diperlukan untuk membendung peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini” kata kenyataan itu.

Sektor ekonomi dan perkhidmatan perlu yang dibenarkan akan diumumkan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu,Sarawak seperti dilaporkan Astro Awani kekal dengan keputusan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula esok, tetapi tidak melaksanakan ‘total lockdown’ kepada sektor ekonomi dan sosial

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian Negeri, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, sehingga petang Jumaat tiada ketetapan baharu dibincangkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

“Kita berbeza dengan Semenanjung. Kita tidak boleh tutup sektor ekonomi,” katanya

Related posts

Leave a Comment