KUALA NERUS 22 Jan. – Guru yang ingin melakukan kerja sambilan perlu mendapatkan kebenaran Kementerian Pendidikan (KPM) seperti garis panduan telah wujud ketika ini, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau berkata, apa sahaja kerja sambilan yang mereka buat tidak boleh mengganggu tugas hakiki dan tidak dilakukan semasa menjalankan tugas hakiki. “Jadi, pesan saya berilah tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran (PdP) sedia ada. Ini komitmen kita untuk tingkatkan kualiti pendidikan negara dan kita perlukan guru yang fokus dalam kelas, khususnya PdP,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra bersama Warga…
Read MoreMonth: January 2025
Berita pilihan…
Trump pecat pegawai lantikan Biden
WASHINGTON – Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh presiden sebelumnya, Joe Biden. Melalui platform media sosial Truth Social, Trump berkata, Pejabat Personel Presiden White House sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu. Mereka dianggap tidak sehaluan dengan visi untuk ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’,” “Jose Andres daripada Majlis Presiden untuk Sukan, Kecergasan dan Pemakanan; Mark Milley daripada Majlis Penasihat Infrastruktur Negara; Brian Hook daripada Pusat Wilson untuk Sarjana; dan…
Read MorePalestin kecam keputusan Trump
RAMALLAH – Kerajaan Palestin mengutuk keputusan Donald Trump membatalkan sekatan yang dikenakan terhadap peneroka haram Israel yang didakwa melakukan keganasan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki. Pada hari pertama beliau memegang jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS) itu,, Trump menandatangani perintah eksekutif yang menarik balik sekatan yang dikenakan oleh presiden sebelumnya, Joe Biden, pada tahun lalu. Jurucakap pihak berkuasa Palestin yang berpusat di Ramallah, Nabil Abu Rudeineh, dalam satu kenyataan, semalam berkata, keputusan ini menggalakkan peneroka untuk melakukan lebih banyak jenayah. Beliau meminta pentadbiran AS yang baharu untuk “campur…
Read MoreMedia Hari Ini Rabu 22.01.2025
WCE dibuka sepenuhnya
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Jajaran Seksyen 2 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE) yang dibuka kepada umum mulai tengah malam ini bakal melengkapkan Pelabuhan Klang sebagai hab logistik terbesar di Asia Tenggara. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi, berkata laluan sepanjang 7.2 kilometer berkenaan dapat mengelakkan kesesakan jalan raya berbanding laluan sedia ada terutama pada waktu puncak. Ia menyediakan laluan alternatif lebih mudah dari Banting ke Shah Alam, Klang, Putrajaya, Kajang, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan sebaliknya dengan sambungan terus ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan…
Read MoreOKU mangsa pukul dapat tawaran umrah
KUALA LUMPUR 21 Jan. – Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. (Andalusia) menawarkan pakej umrah percuma kepada lelaki orang kurang upaya (OKU) mental Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang dipukul beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Jumaat lalu. Tawaran itu dibuat oleh Pengarah Urusan Andalusia Ibrahim Mat Sin kepada isteri mangsa, Faridah Abdul Karim, 44 melalui panggilan video semalam. Ibrahim menyatakan teramat simpati dengan kejadian yang berlaku terhadap keluarga Ahmad Nor dan menawarkan tiga tempat iaitu Ahmad Nor, Faridah dan anak lelaki…
Read MoreMokhzani, Mirzan miliki harta RM1.2 bilion
PUTRAJAYA 21 Jan. – Dua anak bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad memiliki harta bernilai lebih RM1.2 bilion, berdasarkan pengisytiharan harta yang dikemukakan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, berdasarkan pengisytiharan harta yang dikemukakan kepadanya, Mokhzani memiliki aset bernilai kira-kira RM1 bilion manakala Mirzan sebanyak RM246.2 juta. Katanya, pengisytiharan harta itu antaranya membabitkan pegangan aset dan saham. “Kedua-dua mereka mematuhi permintaan saya dan juga keputusan penyiasat untuk mengisytiharkan harta yang mereka miliki termasuk juga pegangan aset, saham dan sebagainya. Jadi saya berpuas hati dengan…
Read MoreTiada lagi tol percuma perayaan
KLANG 21 Jan. – Kabinet sudah memutuskan tiada lagi pemberian tol percuma sempena musim perayaan sebagaimana yang dilaksanakan sebelum ini. Menteri Kerja Raya, Alexander Nanta Linggi bagaimanapun berkata kerajaan akan menggantikan tol percuma itu dengan pendekatan yang lebih bersasar. Beliau bagaimanapun tidak memperincikan pendekatan bersasar itu tetapi akan diumumkan dalam masa terdekat. Katanya,Kabinet pada tahun lalu memutuskan tahun 2024 adalah tahun terakhir pemberian tol percuma pada musim perayaan. “Ikut keputusan itu tiada (pemberian tol percuma) tetapi kalau ada, mungkin pertimbangan lain, …akan dibincangkan. “(Keputusan ini kerana) …kerajaan hendak selaraskan dengan…
Read More