KUALA LUMPUR 23 Jan. – Aktivis Iswardy Morni, 48, didenda RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Datuk M Edwin Paramjothy turut memerintahkan Iswardy Morni, 48, dipenjara enam bulan jika gagal membayar denda. Dalam penghakimannya, hakim itu menyatakan bahawa kenyataan itu ditujukan kepada Yang di-Pertuan Agong ketika itu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. “Pemerintahan Seri Paduka Baginda bertepatan dengan tempoh pergolakan negara dan global yang luar biasa, terutamanya dengan pandemik COVID-19. Krisis ini melangkaui kesihatan awam,…
Read MoreMonth: January 2025
Tol: Pengguna lebuh raya menanti formula
TIDAK sampai seminggu menjelang Tahun Baharu Cina 2025, ‘nasib pengguna tol’ khususnya yang mahu pulang bercuti dijangka diketahui mungkin hari ini. Kita tunggu formulanya. Apa yang pasti tidak semua akan dikecualikan daripada bayaran tol. Kerajaan Perpaduan akan menggunakan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan. Mungkin pengguna kereta mewah seperti Rolls Royce, Mercedes dan Maserati tidak layak mendapat tol percuma. Ketika di Davos, Switzerland, Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, kerajaan sedang memperincikan pendekatan lebih bersasar untuk pemberian tol percuma pada musim perayaan. Langkah itu selaras dengan usaha…
Read MoreMastura bayar pemimpin DAP RM830,034.75
TANJONG 23 Jan. – Ahli Parlimen Kepala Batas, Siti Mastura Muhammad telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman (termasuk faedah) kepada tiga pemimpin DAP, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Teresa Kok. Pembayaran ganti rugi itu dibuat melalui penyerahan cek kepada peguam tiga pemimpin itu, Sankara Nair pada Rabu. Ahli Parlimen Pas itu mematuhi perintah Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk membayar ganti rugi keseluruhan dan kos berjumlah RM825,000 termasuk faedah kepada ketiga-tiga plaintif dengan menyerahkan cek kepada Sankara Nair, sementara menunggu rayuan kes. “Kami…
Read MoreBerita pilihan…
Prabowo puji anggota Kabinet
JAKARTA – Presiden Prabowo Subianto memuji usaha anggota Kabinet Merah Putihnya dalam memenuhi mandat rakyat, sepanjang tempoh tiga bulan pemerintahan beliau. Dalam mesyuarat di Istana Presiden di sini, beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus mereka untuk berkhidmat kepada kepentingan rakyat dan memenuhi jangkaan rakyat. “Saya juga bersyukur dalam tiga bulan ini, kami menunjukkan kepada rakyat yang dasar kami mengutamakan kepentingan rakyat dan negara,” kata Prabowo dalam ucapannya yang dikeluarkan oleh Biro Sekretariat Akhbar Presiden, Media dan Informasi (BPMI). Presiden itu berkata…
Read MoreKadar kelahiran tertinggi di Korea Selatan
SEOUL – Sebanyak 20,095 bayi dilahirkan di Korea Selatan pada November 2024, peningkatan 14.6 peratus berbanding 17,530 kelahiran dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. Jumlah itu juga menunjukkan lonjakan pada kadar terpantas dalam tempoh 14 tahun sejak November 2010, susulan peningkatan perkahwinan selepas pandemik dan perubahan sikap terhadap perkahwinan serta keibubapaan. Bilangan perkahwinan turut meningkat dengan 18,581 pasangan melangsungkan perkahwinan pada November, iaitu peningkatan 11.3 peratus berbanding tahun sebelumnya. Bagi tempoh Januari hingga November, seramai 199,903 pasangan berkahwin, mencerminkan peningkatan tahunan sebanyak 13.5 peratus. Korea Selatan sebelum ini berdepan masalah…
Read MoreMedia Hari Ini Khamis 23.01.2025
HAM: Jakim lapor polis, panggil Harith Iskander
PUTRAJAYA 22 Jan. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan memanggil Harith Iskander bagi mendapatkan penjelasan berhubung satu hantaran di Facebook berkaitan isu ‘HAM’ yang menimbulkan kontroversi. Ketua Pengarahnya, Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, pihaknya juga telah membuat laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi siasatan dan tindakan lanjut. “Jakim juga bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan sekatan akaun dan menurunkan kandungan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini. Beliau meminta semua pihak bertenang dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan Jakim tidak akan sesekali berkompromi dengan…
Read MorePak Tam seronok bimbing anak muda Kelantan
“SAYA seronok, mereka fokus,” Itu ungkapan Ustaz Muhammad Zaki Ridzuan apabila ditanya mengenai tanggungjawabnya sebagai Mutawif Andalusia ketika memimpin kumpulan anak muda Kelantan menunaikan ibadah umrah baru-baru ini. Pada kebiasaannya, kumpulan jemaah yang bersama beliau terdiri daripada pelbagai peringkat usia meliputi orang tua atau warga emas, berusia 40an hingga 50an serta anak muda dengan pelbagai latar belakang. Namun bagi penerbangan Amal by Malaysia Airlines baru-baru ini Ustaz Zaki atau lebih mesra dengan panggilan Pak Tam diberi tanggungjawab untuk membimbing jemaah yang terdiri daripada anak-anak muda yang lebih muda daripadanya. Pak…
Read MoreJPJ saman ‘WANI’
ALOR SETAR 22 Jan. – Seorang wanita berusia 30-an dikompaun kerana menggunakan nombor pendaftaran kereta seperti perkataan yang menunjukkan namanya ketika memandu di Kilometer 49.5 Lebuhraya Utara Selatan arah utara. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah Stien Van Lutam berkata penguat kuasa menahan kereta dipandu wanita berkenaan pukul 6.40 petang kelmarin yang mengaku nombor pendaftaran terbabit adalah pemberian suaminya. Pemeriksaan lanjut mendapati kereta berkenaan memaparkan nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi dan kelihatan seperti perkataan dan ia kesalahan di bawah Kaedah 6(7) Kaedah Kenderaan Bermotor (Pendaftaran & Pelesenan) 1959. Susulan…
Read More