Trump pecat pegawai lantikan Biden

WASHINGTON – Beberapa jam selepas kembali memegang jawatan, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan pemecatan empat pegawai kanan kerajaan yang dilantik oleh presiden sebelumnya, Joe Biden.

Melalui platform media sosial Truth Social, Trump berkata, Pejabat Personel Presiden White House sedang giat mengenal pasti dan menyingkirkan lebih 1,000 pegawai lantikan presiden daripada pentadbiran terdahulu.

Mereka dianggap tidak sehaluan dengan visi untuk ‘Menjadikan Amerika Hebat Kembali’,”

“Jose Andres daripada Majlis Presiden untuk Sukan, Kecergasan dan Pemakanan; Mark Milley daripada Majlis Penasihat Infrastruktur Negara; Brian Hook daripada Pusat Wilson untuk Sarjana; dan Keisha Lance Bottoms daripada Majlis Eksport Presiden – Anda  Dipecat!” katanya.

Beliau mengumumkan pemecatan itu dengan menegaskan “lebih ramai lagi” akan menyusul.

Nnn

Related posts

Leave a Comment