TANJONG 19 Jan. – Tanam sendiri daun kari! Itu saranan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kepada pengguna terutama suri rumah supaya menanam sendiri daun kari yang boleh diusahakan dengan mudah.
Ini susulan harga daun kari di pasaran kini dijual antara RM15 hingga RM18 sekilogram dan CAP menggalakkan pengguna menanam sendiri daun kari di rumah sebagai langkah penjimatan.
Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis kepenggunaan, N V Subbarow, berkata tinjauan baru-baru ini mendapati sejumlah kecil daun kari dijual antara RM2 hingga RM3 seikat.
Sebelum ini, katanya, daun kari dijual pada harga RM10 sekilogram (kg) di pasaran.
“Dahulu jika pengguna beli kelapa, daun kari sering diberi percuma tetapi kini tidak lagi,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Subbarow berkata, penanaman sendiri di rumah hanya memerlukan modal RM1 dan pada masa yang sama penanaman sendiri sayuran dan herba termasuk daun kari
bukan sahaja menjimatkan malah diyakini selamat tanpa bahan kimia.
Nnnn