Day: October 17, 2026
12 termasuk wartawan AS cedera
RAMALLAH – Seorang wartawan Amerika Syarikat (AS) dan sekurang-kurangnya 12 rakyat Palestin, termasuk warga Palestin-Amerika cedera dalam serangan oleh peneroka Israel ketika musim menuai zaitun di Tebing Barat yang diduduki. Menurut saksi, puluhan peneroka bertopeng menyerang petani Palestin berhampiran kampung Abu Falah dengan menggunakan batu dan kayu serta bertindak membakar kenderaan dan pokok zaitun. Antara mangsa yang cedera ialah Majdi Fheed, seorang warga AS berketurunan Palestin yang mengalami kecederaan di kepala selepas didakwa dipukul ketika mengusahakan ladangnya. Wartawan Washington Post, Heidi Levine, yang turut cedera ketika membuat liputan di lokasi…
Read MoreSUA White House letak jawatan
WASHINGTON – Selepas lebih kurang lima hari bertugas, Katie Zacharia meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Akhbar White House susulan kritikan berterusan terhadap prestasi serta kelayakannya. Presiden Donald Trump mengesahkannya, sambil berkata beliau telah memberitahu Zacharia bahawa: ‘Anda tidak perlu melakukan ini (meneruskan tugas) jika tidak mahu’. “Sejujurnya, jika saya berada di tempatnya, saya akan mempertimbangkannya semula,” kata Trump kepada pemberita. Peletakan jawatan itu menjadikannya antara Setiausaha Akhbar White House yang paling singkat tempoh perkhidmatannya dalam sejarah moden pentadbiran AS. Zacharia mula mendapat perhatian negatif selepas taklimat media pertamanya pada Selasa lalu…
Read More