LANGKAWI 19 Jan. – Menteri Luar ASEAN mengalu-alukan kemajuan Timor-Leste dalam melaksanakan hala tuju untuk ia mendapatkan keanggotaan penuh dalam blok serantau itu, kata Menteri Luar, Mohamad Hasan. Beliau berkata menteri-menteri turut menyatakan komitmen untuk memudahkan proses penyertaan Timor-Leste ke dalam ASEAN. “Ramai yang menekankan keperluan untuk menyokong usaha Timor-Leste melalui program pembinaan kapasiti dan sokongan teknikal khusus,” katanya selepas berakhirnya Permukiman Menteri Luar ASEAN (AMM) di sini, hari ini. Timor-Leste diwakili oleh Menteri Luar Negeri dan Kerjasama, Bendito dos Santos Freitas dalam mesyuarat itu. Sementara itu, dalam satu wawancara…
Read MoreDay: January 19, 2025
Pukul OKU, G57 sedia saman RM1 juta
SEPANG 19 Jan.- Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) bersedia menyaman sekumpulan individu sebanyak RM1 juta kerana disyaki mengasari dan mencederakan lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dalam kejadian di sebuah pasar tani di Chukai, Terengganu, Jumaat lalu. Pengerusinya, Zulkarnain Mahdar, berkata, G57 juga bersedia untuk melangsaikan kerugian peniaga yang terjejas akibat kesilapan yang dilakukan lelaki berkenaan. Dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan tindakan saman itu sebagai amaran keras kepada penganiayaan dan penindasan terhadap golongan tidak berdaya, khususnya OKU. “Saman ini adalah nilai yang perlu dikenakan ke atas kumpulan penyerang itu kerana…
Read MoreTanam sendiri daun kari
TANJONG 19 Jan. – Tanam sendiri daun kari! Itu saranan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kepada pengguna terutama suri rumah supaya menanam sendiri daun kari yang boleh diusahakan dengan mudah. Ini susulan harga daun kari di pasaran kini dijual antara RM15 hingga RM18 sekilogram dan CAP menggalakkan pengguna menanam sendiri daun kari di rumah sebagai langkah penjimatan. Pegawai Pendidikan CAP dan aktivis kepenggunaan, N V Subbarow, berkata tinjauan baru-baru ini mendapati sejumlah kecil daun kari dijual antara RM2 hingga RM3 seikat. Sebelum ini, katanya, daun kari dijual pada harga RM10…
Read MoreAda unsur penipuan kes jemaah kandas
SHAH ALAM 19 Jan. – Polis mengesan terdapat unsur penipuan berhubung kes sebuah syarikat yang didakwa melakukan penipuan pakej umrah membabitkan kerugian RM2.1 juta, kata Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan. Katanya, unsur penipuan itu adalah dari segi proses permohonan visa, tempahan penerbangan, penginapan di Arab Saudi dan sebagainya yang tidak dibuat melalui proses yang betul seperti kebiasaan dilakukan pengusaha syarikat seperti ini. Pada masa yang sama, siasatan juga mendapati pemilik syarikat terbabit mempunyai rekod lampau membabitkan kes penipuan berkaitan pelaburan di Johor tahun lepas, yang masih dalam siasatan. Beliau…
Read MoreKetua Polis Negara akan jumpa Suhakam
PUTRAJAYA 19 Jan. – Ketua Polis Negara, Razarudin Husain diminta bertemu dengan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menerangkan mengenai langkah pemeriksaan telefon bimbit oleh polis. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata pertemuan itu bagi membolehkan Suhakam mengetahui bidang atau skop tugasan yang membolehkan polis membuat pemeriksaan itu. “Biar ada pertukaran pandangan bagi perspektif yang lebih tepat bagaimana penguatkuasa undang-undang terbesar di negara melaksanakan langkah itu. Kita tangani isu ini dan Suhakam juga akan faham dalam konteks tugasan polis. Biar berlaku adil. Suhakam pula tangani isu dari sudut…
Read MoreLapor Suhakam jika polis periksa telefon
KUALA LUMPUR 19 Jan. – Polis tidak boleh sewenang-wenangnya memeriksa telefon bimbit seseorang ketika sekatan jalan raya kerana ia dianggap melanggar hak asasi manusia, tegas Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Justeru Suhakam meminta orang awam untuk cakna dengan hak asasi masing-masing terutamanya ketika diberhentikan, disoal siasat mahupun ditahan oleh polis. “Jika peranti mereka diperiksa sewenang-wenangnya tanpa alasan munasabah, mereka perlu mencatatkan tempat kejadian, nama serta nombor pengenalan pada pakaian seragam polis sebelum membuat aduan kepada Suhakam. Suhakam sekali lagi menekankan kepentingan setiap individu untuk menyedari hak asasi mereka serta…
Read MoreBerita pilihan…
Ditahan dalam perhimpunan pro-Palestin
LONDON – Lebih 70 orang ditahan dalam perhimpunan pro-Palestin yang disertai beribu-ribu orang di tengah London semalam, malam sebelum gencatan senjata antara Israel dan Hamas bermula. Kebanyakan mereka ditahan atas tuduhan melanggar perimeter yang dibenarkan untuk protes berhampiran bangunan kerajaan utama di tengah London. Menurut Polis Metropolitan, penahanan 70 peserta demonstrasi itu adalah jumlah terbesar sejak perhimpunan dimulakan di London pada Oktober 2023. Demonstrasi itu dirancang untuk menjadi perhimpunan statik di Whitehall, kawasan pejabat utama kerajaan Britain, selepas polis menolak laluan awal yang dicadangkan penganjur, yang menurutnya akan berada di…
Read MoreIsrael sedia bertempur semula
BAITULMAQDIS – Israel berhak untuk menyambung semula pertempuran dengan Hamas jika perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan pejuang Palestin itu gagal, kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu. Beliau yang memberi amaran, tindakan berkenaan akan mendapat sokongan dari Amerika Syarikat (AS) juga berikrar untuk membawa pulang semua tebusan yang ditahan di wilayah Palestin. Netanyahu dalam kenyataan yang disiarkan di televisyen pada Sabtu – sehari sebelum gencatan senjata berkuat kuasa berkata, dengan perjanjian ini, Israel akan membawa pulang 33 lelaki dan perempuan, sebahagian besar daripada mereka masih hidup. Beliau berkata, fasa pertama selama 42…
Read More