Mangsa Covid-19 dijangka cecah setengah juta

JUMLAH kes positif Covid-19 dijangka mencecah setengah juta orang dalam tempoh beberapa hari lagi berdasarkan perangkaan terkini yang dikumpul oleh
Johns Hopkins University.
Ketika ini, jumlah kes yang dicatatkan adalah sebanyak 471,783 di mana China mencatat jumlah tertinggi diikuti Itali sementara Amerika Syarikat di tempat ketiga.
Sehingga Khamis, jumlah kematian pula 21,000 orang.
Itali dan Sepanyol mencatatkan kematian tertinggi berbanding China masing-masing 7,503 dan 3,647 manakala Amerika Syarikat melepasi 1,000 orang pada Rabu. Berikut jumlah kes yang dikumpul.
* China: 81,727
* Itali: 74,386
* AS: 69,171
* Sepanyol: 49,515
* Jerman : 37,323
* Iran: 27,017
* Perancis: 25,600
* Switzerland: 10,897
* United Kingdom: 9,640
* Korea Selatan: 9,241

Related posts

Leave a Comment