Trump mendahului Harris

WASHINGTON – Keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat  (AS) 2024 yang berlangsung semalam waktu tempatan, mulai keluar dengan media negara ini mengunjurkan Donald Trump mendahului Naib Presiden, Kamala Harris. Trump mencatat kemenangan di Alabama, Arkansas, Florida, Indiana, Kentucky, Missouri, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan Virginia Barat, setakat ini. Harris pula menguasai Maryland, Massachusetts, Vermont dan Washington DC. Harris pula menguasai Maryland, Massachusetts, Vermont dan Washington DC, setakat ini. Buat masa ini, keputusan berkenaan memberikan Harris daripada Demokrat 27 undi elektoral dan Trump daripada Republikan 105 undi elektoral. Harris, dan…

Read More

Video palsu pilihan raya Presiden AS

WASHINGTON – Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) memberi amaran kepada rakyat Amerika Syarikat (AS) mengenai dua video palsu baharu yang mendakwa wujud ancaman keganasan dan penipuan pengundi. Ia susulan penyebaran maklumat palsu yang dijangka meningkat oleh pakar, terutama jika timbul isu ketidakpastian berhubung pemenang selepas hari pengundian pada Pilihan Raya Presiden AS yang berlangsung semalam. Satu video rekaan kononnya dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa undang-undang persekutuan, memetik dakwaan palsu bahawa wujud ancaman keganasan yang tinggi dan menggesa rakyat AS ‘mengundi dari jauh.’ Kandungan satu lagi video pula merangkumi kenyataan media palsu…

Read More

Gurauan keterlaluan, tiada motif buli

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Siasatan awal mendapati gurauan keterlaluan sebagai motif utama kes seorang pegawai kadet tahun dua Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini, ditekap seterika oleh pelajar seniornya 22 Oktober lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Rusdi Mohd Isa berkata, kejadian berkenaan tidak mempunyai motif buli sebaliknya berlaku secara spontan antara pelajar junior dan senior. Rusdi berkata, pihaknya juga tidak melakukan tangkapan terhadap pelaku disebabkan tiada keperluan selepas mendapat keterangan daripada kedua-dua individu iaitu orang ditekap dan pelaku. “Berdasarkan siasatan, semasa kejadian pegawai kadet yang ditekap dan pegawai…

Read More

2025 semua restoran mamak tidak jual rokok

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) akan menghentikan penjualan rokok di semua premis mereka menjelang tahun depan, kata Presidennya,  Jawahar Ali Taib Khan. Katanya, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat agung tahunan persatuan itu baru-baru ini, selaras dengan seruan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan merokok di premis makanan. “Kami percaya ini adalah langkah yang betul untuk menyokong cadangan kementerian. Kami ingin bekerjasama dengan kementerian untuk menghentikan penjualan rokok di semua restoran ahli kami. Langkah ini juga akan meningkatkan kesedaran tentang kesan merokok,” katanya. Menurutnya, kira-kira 50 peratus…

Read More

Pencarian MH370 tidak diabaikan

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Kerajaan masih berhasrat untuk mencari MH370 dengan mengadakan rundingan bersama Ocean Infinity United Kingdom yang menawarkan operasi mengesan bangkai pesawat itu melalui operasi pencarian dasar laut. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata rundingan itu yang dibuat sejak Jun lalu membabitkan pengesanan bangkai pesawat MH370 di satu lokasi baharu yang dianggarkan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di Selatan Lautan Hindi. Katanya, pertimbangan itu dibuat atas aspirasi kerajaan yang tidak akan mengabaikan bagi mencari bangkai pesawat MH370 sekiranya terdapat maklumat atau petunjuk baharu yang sahih dan kukuh. Rundingan…

Read More

Lelaki mengamuk di tol ada 17 rekod jenayah

HULU LANGAT 5 Nov. – Gara-gara mengamuk di plaza tol, seorang lelaki dengan 17 rekod jenayah lalu akhirnya ditahan semalam, selepas video menunjukkannya memarahi jurutol dan menendang dinding kaunter tol, tular di media sosial. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata pihaknya mengesan satu rakaman video pertengkaran antara seorang lelaki dengan petugas di sebuah plazal tol berhampiran Jalan Batu 9, Cheras, dekat sini. Beliau berkata, rakaman video menunjukan lelaki itu keluar daripada keretanya dan terus ke kaunter tol lalu memarahi jurutol serta menendang dinding kaunter sebelum beredar…

Read More

Masa anggota parti perkukuhkan Bersatu

SEPANG 5 Nov. – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Muhyiddin Yassin mengajak seluruh anggota parti itu ‘bertaut semula’ selepas berakhirnya pemilihan kepemimpinan parti itu dengan sempurna. Katanya, inilah masa untuk memperkukuhkan parti demi memastikan kelangsungan perjuangan parti dan menghadapi cabaran yang lebih besar di hadapan. “Saya mengucapkan tahniah kepada semua yang berjaya memenangi pemilihan kali ini.  Kepada yang tidak berjaya, teruskan perjuangan,” katanya dalam satu kenyataan selepas keputusan pemilihan diumumkan. Pada pemilihan bagi penggal 2024-2027 itu, Muhyiddin mempertahankan jawatannya tanpa bertanding sementara Hamzah Zainudin menang tanpa bertanding bagi jawatan…

Read More

Korban di Gaza meningkat 43,374

GAZA  – Sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak tahun lepas kepada 43,374 orang. Menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin, seramai 102,261 lagi cedera dalam serangan ketika ramai masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke tempat mereka. Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera. dan berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Susulan serangan berterusan, hampir keseluruhan penduduk wilayah…

Read More