WASHINGTON – Menjelang pilihan raya presiden hari ini, calon presiden Republikan Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan calon Demokrat, Kamala Harris, bersaing sengit berdasarkan tinjauan terkini Leger yang dikeluarkan oleh New York Post. Kedua-dua calon memperoleh sokongan 49 peratus menjelang pengundian pada Selasa, manakala dua peratus responden lain menyatakan mereka akan mengundi calon lain. Trump dan Harris juga dijangka dapat memperbaiki kualiti hidup rakyat Amerika, masing-masing pada 44 peratus, namun calon Republikan itu mendahului pesaing dari segi kejelasan pelan strateginya untuk ekonomi, dengan 45 peratus berbanding 42 peratus. Tinjauan itu…
Read MoreYear: 2024
Rasmi kerjasama Israel-UNRWA tamat
BAITULMAQDIS – Israel secara rasmi menamatkan kerjasamanya dengan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA). Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Danny Danon, berkata, langkah itu berikutan undang-undang mengenai UNRWA yang diluluskan Parlimen Israel baru-baru ini. “Berikutan undang-undang mengenai UNRWA, kami secara rasmi memaklumkan kepada Presiden PBB mengenai penamatan kerjasama dengan organisasi itu,” kata diplomat berkenaan dalam satu kenyataan. Seminggu lalu, Parlimen Israel meluluskan dua rang undang-undang yang melarang UNRWA daripada beroperasi di Israel dan menghalang pihak berkuasa Israel daripada berhubung…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 05.11.2024
Rakyat Malaysia tentera upahan Ukraine
KUALA LUMPUR 4 Nov . – Polis mengesahkan rakyat Malaysia yang dilaporkan menjadi tentera upahan Ukraine dalam konflik membabitkan negara itu dengan Rusia adalah Lee Bing Hang, dipercayai masih hidup serta dalam keadaan selamat. Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata siasatan awal pihaknya mendapati Lee, 20, mengalami kecederaan di bahagian buku lali akibat terkena serpihan dron Rusia dan telah selesai menjalani rawatan. Beliau berkata pihaknya difahamkan ketika serangan dron berkenaan, Lee berjaya melarikan diri bagaimanapun MyKad dan lesen memandunya tercicir manakala pasportnya masih bersama beliau. Menurut laporan Bernama, Razarudin berkata…
Read MoreFaizal Azumu kini Naib Presiden Bersatu
PETALING JAYA – Bekas Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu yang sebelum ini menyandang jawatan Timbalan Presiden Bersatu terpilih sebagai salah seorang Naib Presiden Bersatu dalam pemilihan yang berlangsung Sabtu lepas. Dua penyandang sebelum ini, Dr Radzi Jidin dan Dr Ronald Kiandee mempertahankan jawatan masing-masing bagi penggal 2024-2027. Mereka menewaskan tiga calon lain, iaitu Ketua Penerangan Bersatu, Razali Idris; Timbalan Ketua Bersatu Selangor, Mohd Rafiq Mohd Abdullah dan Ketua Bahagian Bersatu Batu Kawan, A’ziss Zainal Abiddin. Keputusan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu, Abdul Azim Mohd Zabidi…
Read MoreAmanah Johor sasar 12 ke 20 kerusi DUN
SEPANG 4 Nov. – Parti Amanah Johor memutuskan untuk membuat persediaan bertanding di sekurang-kurangnya 12 hingga 20 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang. Timbalan Pengerusi Amanah Johor, Sr Dzulkefly Ahmad menegaskan pihaknya juga tidak menolak kemungkinan akan berlaku pertandingan tiga penjuru antara PH, BN dan Perikatan Nasional (PN) dalam PRN atau pilihan raya umum (PRU) di Johor. Katanya, Amanah telah mengenal pasti antara DUN sasaran yang akan menjadi pilihan dalam mencapai objektif parti selain mengekalkan satu kerusi yang sedia ada…
Read MoreKenderaan guna NGV berakhir Julai 2025
CHERAS 4 Nov. – Mulai 1 Julai 2025, kerajaan akan menamatkan sepenuhnya perkhidmatan dan penggunaan tenaga gas asli (NGV) di negara ini atas dasar keselamatan kepada pengguna dan orang ramai. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata kenderaan motor yang dikuasakan dengan bahan api NGV tidak lagi dibenarkan untuk didaftar atau dilesenkan bagi kegunaan di atas jalan raya. Katanya, selain itu, Petronas yang menjadi penyedia tunggal NGV juga akan menamatkan bekalan runcit NGV secara berperingkat. “Bagi memastikan peralihan yang lancar, kerajaan turut memberikan program Bantuan Peralihan Kenderaan NGV kepada pengguna yang layak.…
Read MoreUsaha melangkaui kesanggupan negara lain
KUALA LUMPUR 4 Nov. – Kerajaan sudah mengambil langkah wajar dan tegas bagi memberikan tekanan ke atas Israel bagi menghentikan keganasan perang berterusan di Gaza, malah ia melampaui kesanggupan negara lain di dunia. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun, langkah diambil kerajaan mesti didasari strategi yang tepat bagi memelihara keamanan dan kepentingan rakyat di negara ini. “Dari segi ketegasan, bukan nak takbur tetapi saya sudah mengambil langkah yang melangkaui kesanggupan banyak negara malah ramai rakan dari negara (luar) yang ingatkan saya mengenai risiko ini. “Pagi tadi saya turut berbincang dengan…
Read MoreBerita pilihan….
Pencemaran: Lahore tutup sekolah rendah
LAHORE – Semua kelas bagi kanak-kanak sehingga usia 10 tahun, “awam, swasta dan pendidikan khas di sini akan ditutup selama seminggu” dari Isnin hingga Sabtu, susulan tahap pencemaran mencecah paras rekod, Menurut laporan media, keputusan pemerintah tempatan itu dibuat bagi mengelak mendedahkan jutaan kanak-kanak daripada kabus tebal yang beberapa kali melebihi paras yang disifatkan sebagai berbahaya. Selama beberapa hari, bandar dengan 14 juta penduduk itu diselubungi kabus tebal disebabkan pembakaran pertanian dan penyejukan semasa musim sejuk. Menurut data IQAir, indeks mutu udara menjangkaui 1,000 pada Sabtu, melebihi paras 300 yang…
Read More