Hamzah disahkan Ketua Pembangkang

KUALA LUMPUR 22 Jun  – Dewan Rakyat hari ini dimaklumkan mengenai pelantikan semula Ahli Parlimen Larut, Hamzah Zainudin sebagai Ketua Pembangkang bermula 18 Jun lalu.

Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul ketika mengumumkan demikian turut mengucapkan tahniah kepada bekas Timbalan Presiden Bersatu itu.

Hamzah dilantik menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat menggantikan Ahli Parlimen Kemaman yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

“Yang Berhormat Larut (Hamzah) adalah Ketua Pembangkang setakat 20 Mei 2026. Selepas itu, Yang Berhormat Kemaman (Ahmad Samsuri) menjadi Ketua Pembangkang mulai 21 Mei hingga 10 Jun 2026.

Kini, Yang Berhormat Larut mulai 18 Jun 2026 kembali menjadi Ketua Pembangkang. Tahniah Larut.

Saya mengucapkan penghargaan kepada Yang Berhormat Kemaman atas khidmat sebagai Ketua Pembangkang dalam tempoh tersebut dan mengalu-alukan Yang Berhormat Larut untuk kembali berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang,” katanya.

Di dalam Dewan Rakyat, Hamzah kekal di tempat duduknya sebagai Ketua Pembangkang manakala Samsuri duduk di sebelahnya sebagai Pengerusi PN manakala tempat duduk Muhyiddin dipindahkan ke Blok E.

Pada 13 Jun lalu, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, mengumumkan pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang pada Konvesyen RESET Malaysia di Tapak Ekspo Kota Harmoni Tanah Merah.

Belia berkata, Pas dan Gerakan RESET bersetuju mengekalkan Hamzah sebagai ketua pembangkang.

Nnn

Related posts

Leave a Comment