GAZA – Sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan korban sejak tahun lepas kepada 43,374 orang.
Menurut Kementerian Kesihatan pada Isnin, seramai 102,261 lagi cedera dalam serangan ketika ramai masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat sampai ke tempat mereka.
Israel terus melancarkan serangan kejam ke atas Semenanjung Gaza walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang menyeru gencatan senjata segera. dan berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa.
Susulan serangan berterusan, hampir keseluruhan penduduk wilayah itu kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah sekatan berterusan, yang menyebabkan kekurangan makanan, air bersih, dan ubat-ubatan.
Manakala usaha pengantaraan diketuai oleh Amerika Syarikat, Mesir dan Qatar untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas gagal berikutan keengganan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menghentikan serangan.
Nnn