WASHINGTON – Keputusan awal Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024 yang berlangsung semalam waktu tempatan, mulai keluar dengan media negara ini mengunjurkan Donald Trump mendahului Naib Presiden, Kamala Harris.
Trump mencatat kemenangan di Alabama, Arkansas, Florida, Indiana, Kentucky, Missouri, Oklahoma, Carolina Selatan, Tennessee dan Virginia Barat, setakat ini.
Harris pula menguasai Maryland, Massachusetts, Vermont dan Washington DC.
Harris pula menguasai Maryland, Massachusetts, Vermont dan Washington DC, setakat ini.
Buat masa ini, keputusan berkenaan memberikan Harris daripada Demokrat 27 undi elektoral dan Trump daripada Republikan 105 undi elektoral.
Harris, dan bekas Presiden, Trump, bersaing rapat untuk menguasai Rumah Putih dengan pusat pengundian mulai ditutup secara berperingkat di seluruh AS.
