JOHOR BAHRU 22 Jun – Ketua Bersatu Johor, Dr Sahruddin Jamal mengesahkan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepong dalam Pilihan Raya Umum Dewan Negeri (PRU DN) Johor Ke-16, pada 11 Julai ini.
Beliau yang bersedia bertanding di kerusi berkenaan, bagaimanapun menjelaskan keputusan akhir akan diumumkan dalam masa terdekat.
“Insya-Allah (pertahankan kerusi DUN Bukit Kepong). Doakan saya. Tapi, kena tunggu dahulu pengumuman senarai semua calon yang akan dibuat dalam masa terdekat ini,” katanya.
Pada PRN Johor Ke-15 2022, Dr Sahruddin memenangi kerusi DUN Bukit Kepong dengan majoriti 710 undi dalam pertandingan empat penjuru melibatkan calon-calon Barisan Nasional (BN), Muda dan Pejuang.
Menteri Besar Johor Ke-17 itu juga memaklumkan senarai calon Bersatu bagi PRN Johor sedang diteliti oleh pucuk pimpinan parti sebelum dimuktamadkan.
Nnnn
