10 kluster aktif tambah kes

PUTRAJAYA: Sebanyak 10 kluster aktif Covid-19 mencatatkan pertambahan kes hari ini, 7 Oktober termasuk dua kluster baharu iaitu Kluster Bah Puchong dan Kluster Penjara Reman.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kluster Tembok kekal mencatatkan pertambahan kes tertinggi dengan 139 kes baharu.

Selain daripada tiga kluster itu, kluster lain yang mencatatkan pertambahan kes termasuk Kluster Bah Sintok (14 kes); Kluster Jalan Meru (empat kes); Kluster Laut (dua kes); Kluster Benteng PK (dua kes); Kluster Selasih (dua kes); serta Kluster Bah Tanjung dan Kluster Embun masing-masing catat satu kes baharu.

Related posts

Leave a Comment