Terjemah ikrar sokongan dengan tindakan

GAZA – Pergerakan Islam Palestin, Hamas, menggesa negara-negara Arab dan Islam menterjemahkan ikrar sokongan mereka kepada tindakan dan mengambil langkah untuk menghentikan “serangan” Israel.

Dalam satu kenyataan, Hamas berkata, penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitumaqdis sebagai ibu negaranya memerlukan usaha segera.

“Penyelesaian praktikal untuk mendesak (Israel) menghentikan serangan dan genosid terhadap rakyat kami,” kata Hamas dalam kenyataan selepas pemimpin Arab dan Islam berkumpul pada Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh semalam.

Sidang kemuncak itu antara lain menuntut Israel mengundurkan diri dari wilayah Palestin yang diduduki sebagai prasyarat untuk keamanan serantau.

Related posts

Leave a Comment