Selangor rekod 387 kes dera kanak-kanak

SHAH ALAM 13 Nov . –  Polis Selangor merekodkan 387 kes penderaan kanak-kanak dengan sebahagian besarnya membabitkan mangsa berumur satu tahun dan ke bawah, sepanjang tempoh antara Januari hingga Oktober lalu. Ketua Polis Selangor,  Hussein Omar Khan, berkata ia membabitkan 139 mangsa berusia kosong hingga satu tahun; dua hingga lima tahun (96); enam hingga 10 tahun (62); 11 hingga 15 tahun (49); dan 16 hingga 18 tahun (41). Katanya, sebanyak 37 kes terbabit dicatatkan pada Januari lalu, Februari (40), Mac (35), April (22), Mei (35), Jun (33), Julai (42), Ogos…

Read More

Dilarang guna ‘kurang ajar’ di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 13 Okt. – – Ahli Parlimen dilarang menggunakan perkataan ‘kurang ajar’ sepanjang berbahas di Dewan Rakyat, bermula hari ini. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Johari Abdul, menyifatkan perkataan itu tidak berparlimen dan meminta ahli Parlimen mengambil serius perkara berkenaan. “Berhubung perkataan kurang ajar, selepas meneliti semua perkara yang terjadi di Dewan ini dan setelah merujuk kepada Kamus Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) keluaran 2007 edisi empat muka surat 854. “Kurang ajar bermaksud tidak sopan atau buruk, atau kasar budi pekertinya. Oleh yang demikian, mulai hari ini saya…

Read More

Dr M sedih tidak terhingga…

KUALA LUMPUR 13 Nov. – Dr Mahathir Mohamad menyifatkan pemergian Daim Zainuddin sebagai kehilangan sahabat yang bersama berjuang untuk bangsa, negara dan agama. Bekas Perdana Menteri itu menzahirkan kesedihan tidak terhingga selepas mengetahui sahabatnya meninggal dunia pagi ini ini. “Sepatutnya dia disanjung kerana sumbangannya kepada perjuangan. Tetapi di akhir hayatnya dia diherdik tanpa sebab. Tanpa sebab kerana dendam. “Inikah balasan yang menimpa kerana dendam. Ya Allah. Adililah Daim berasaskan keadilan. Berikan tempat kepadanya di akhirat sebagai pejuang bangsa. Saya hanya mampu berdoa. Akan kita bersama kembali di masa tertentu. Amin,…

Read More

Israel dakwa banyak tuntutan AS dipenuhi

ISRAEL mendakwa sudah memenuhi kebanyakan tuntutan Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan kemasukan bantuan kemanusiaan di Gaza walaupun beberapa isu masih dalam perbincangan menjelang tarikh akhir yang semakin hampir untuk memperbaiki keadaan atau bakal berdepan sekatan bantuan ketenteraan AS. Pegawai Israel mendakwa, terdapat beberapa perkara masih dalam perbincangan dan berkaitan dengan isu keselamatan menjelang tarikh akhir yang semakin hampir untuk memperbaiki keadaan atau bakal berdepan sekatan bantuan ketenteraan AS. Antara tuntutan AS yang enggan dipenuhi oleh Israel adalah membenarkan kemasukan 50 hingga 100 trak komersial sehari. Pegawai itu mendakwa, aktiviti komersial…

Read More

Masalah keterjaminan makanan di Nigeria

GENEVA – Sebanyak 33 juta orang di Nigeria dijangka menghadapi masalah keterjaminan makanan yang teruk menjelang 2025. Justeru, Program Makanan Sedunia (WFP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak bantuan disegerakan. Jurucakap WFP untuk Nigeria, Chi Lael dalam satu taklimat PBB di Geneva berkata, angka ini mewakili “peningkatan mendadak 25 juta yang memerlukan bantuan hari ini. “Tidak pernah sebelum ini terdapat begitu ramai orang di Nigeria yang mengalami kekurangan makanan,” tegas Lael. Beliau berkata, data menunjukkan sokongan segera diperlukan untuk mengelakkan potensi bencana makanan dan nutrisi dengan peningkatan harga makanan tiga kali ganda…

Read More

KPT, MINDEF bincang tangani buli

PUTRAJAYA 12 Nov . – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mengadakan perbincangan komprehensif bersama Kementerian Pertahanan (MINDEF), bagi menangani salah laku buli dengan lebih cekap di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). Perbincangan itu termasuk mengkaji semula dasar sedia ada untuk memperbaiki sistem disiplin dan prosedur bagi menangani salah laku buli dengan lebih cekap di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM). KPT dalam kenyataan hari ini memaklumkan, langkah itu juga bertujuan untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus terbabit terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang. Menurut KPT, salah laku buli sedikit sebanyak…

Read More

PADU: Wakil PH mahu rujuk Ka Siong

KUALA LUMPUR 12 Nov. – Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) Chong Zhemin (Kampar)mengemukakan usul supaya Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan kerana membuat sangkaan jahat terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Ia susulan kenyataan dibuat Ka Siong pada sidang Dewan Rakyat 7 November lalu yang mendakwa Rafizi memberikan dua jawapan berbeza berhubung peruntukan membangunkan Pangkalan Data Utama (PADU) iaitu RM85 juta dan RM31 juta. Melalui surat usul kepada Setiausaha Dewan Rakyat, Nizam Mydin Bacha Mydin, Zhemin memaklumkan, Rafizi sehari sebelum itu sebenarnya sudah pun memperbetul…

Read More