KUALA LUMPUR 3 Dis. – Hujan lebat berterusan melebihi tempoh enam jam yang membawa limpahan hujan dua kali ganda menyebabkan banjir teruk di Pantai Timur khususnya Kelantan dan Terengganu. Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof, berkata limpahan hujan dua kali ganda itu sekali gus mengakibatkan kenaikan paras sungai berbanding 2014 menyebabkan banjir di dua negeri itu menjadi teruk berbanding 10 tahun lalu. Selain itu, katanya, ia juga disebabkan pertembungan air pasang besar serta permulaan musim tengkujuh yang bermula dari 5 November lalu dan dijangka berterusan hingga Mac depan. “Punca banjir di…
Read MoreYear: 2024
Projek tebatan banjir ikut jadual
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Projek tebatan banjir yang dilaksanakan di seluruh negara termasuk di Pantai Timur masih mengikut jadual, walaupun ada antaranya dibatalkan pada 2022 sebelum ditender semula. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, setakat ini melainkan satu di Terengganu, projek berkenaan masih mengikut jadual. Beliau menjelaskan keputusan membatalkan beberapa projek dibuat ketika itu (2022) adalah kerana kerajaan MADANI menolak amalan rundingan terus yang disifatkan mempunyai asas yang cukup lemah. Mengenai bukti sama ada ia berupaya menyelamatkan dana, Perdana Menteri berkata: “Ya, kita ada rekod bahawa dalam rundingan terus dengan…
Read More122,062 murid belum kuasai 3M
KUALA LUMPUR 3 Dis. – Kementerian Pendidikan (KPM) mengenal pasti seramai 122,062 murid atau 27.24 peratus yang belum menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M), kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Beliau memberitahu, penemuan itu berdasarkan saringan pengesanan awal literasi dan numerasi terhadap 448,113 murid Tahun Satu yang dilaksanakan KPM seawal tiga bulan selepas mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) sesi akademik 2024/2025. Menurut Fadhlina, murid berkenaan mengikuti Program Intervensi Tahun Satu Fasa Satu dan diberi bimbingan secara berfokus melalui pendekatan pengajaran yang lebih intensif dari Julai hingga September lalu.…
Read MoreHentikan budaya buli – Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR 3 Dis. – “ Saya mahu budaya penderaan ini dihentikan serta merta,” Begitu titah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim supaya semua pihak berusaha menamatkan budaya tidak sihat itu di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) dan mengembalikan semula nama baik universiti berkenaan. Seri Paduka Baginda dalam titah sulung selaku Canselor UPNM, percaya ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera dan bukannya untuk didera. Titah baginda, lebih mendukacitakan, walaupun kejadian penderaan sebelum ini telah dihadapkan ke mahkamah, tetapi perkara ini masih berlaku pada setiap…
Read MoreBerita pilihan…
33 tebusan dilaporkan terbunuh
KAHERAH – Sebanyak 33 tebusan di Gaza terbunuh selepas hampir 14 bulan peperangan antara kumpulan pejuang Palestin dan Israel di wilayah berkenaan, tanpa menyatakan kewarganegaraan mereka. Tanpa menyatakan kewarganegaraan mereka, pejuang Hamas memaklumkan beberapa tebusan lain juga dilapor hilang. “Dalam perang gila yang berterusan ini, anda boleh kehilangan tebusan anda selamanya. Lakukan apa yang anda perlu lakukan sebelum terlambat,” kata pejuang Islam itu dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Israel. Pejuang Hamas turut menerbitkan satu video yang dikatakan memperincikan bila dan bagaimana tebusan-tebusan itu terbunuh, menyalahkan Perdana Menteri Israel, Benjamin…
Read MoreICC terima banyak bukti, maklumat
THE HAGUE – Dalam tempoh 18 bulan terakhir, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat berbanding 20 tahun sejak penubuhannya, kata Ketua Pendakwaraya, Karim Khan. Dalam ucapannya pada sesi ke-23 Perhimpunan Negara-Negara Pihak (ASP) kepada Statut Rom ICC, beliau berkata ICC telah menerima jumlah bukti dan dokumen terbesar dalam sejarahnya pada tahun lalu. Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) dan mangsa-mangsa mengemukakan banyak dokumen dan bukti di bawah Artikel 15 Statut Rom. Beliau berkata, daripada 30 waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, ketua pendakwa itu berkata 18…
Read MoreMedia Hari Ini Selasa 03.12.2024
Sita akaun Bersatu ikut undang-undang
PUTRAJAYA 2 Dis. – Tindakan Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM), menyita akaun bank milik Parti Bersatu dibuat berdasarkan peruntukkan undang-undang dan tidak dibuat sewenang-wenangnya. Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan Suruhanjaya Pencegaha Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin berkata, akaun bank berkenaan adalah ‘subject matter’ dan tidak akan dilepaskan sehingga selesai perbicaraan. “Sitaan akaun bank Bersatu adalah tertakluk kepada Seksyen 50(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLAFTPUAA) 2001. “Seksyen 50(1) adalah berkenaan dengan ‘Penyitaan harta alih dalam institusi kewangan’ dan dalam kes…
Read MoreMB kekal Pengerusi PH Selangor
SHAH ALAM 2 Dis. – Mesyuarat Agung Tahunan Pakatan Harapan (PH) Selangor semalam mengekalkan Menteri Besar Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025. Jawatan Timbalan Pengerusi 1 disandang Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han manakala Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Timbalan Pengerusi 2. Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan memberitahu, mesyuarat tersebut dihadiri 450 perwakilan daripada PKR, DAP dan Amanah. Katanya, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025, diluluskan secara sebulat suara. Berikut…
Read More