KAHERAH – Sebanyak 33 tebusan di Gaza terbunuh selepas hampir 14 bulan peperangan antara kumpulan pejuang Palestin dan Israel di wilayah berkenaan, tanpa menyatakan kewarganegaraan mereka.
Tanpa menyatakan kewarganegaraan mereka, pejuang Hamas memaklumkan beberapa tebusan lain juga dilapor hilang.
“Dalam perang gila yang berterusan ini, anda boleh kehilangan tebusan anda selamanya. Lakukan apa yang anda perlu lakukan sebelum terlambat,” kata pejuang Islam itu dalam satu kenyataan yang ditujukan kepada Israel.
Pejuang Hamas turut menerbitkan satu video yang dikatakan memperincikan bila dan bagaimana tebusan-tebusan itu terbunuh, menyalahkan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atas nasib mereka.
Justeru, pejuang Hamas menyeru supaya perang dihentikan dan penarikan sepenuhnya Israel dari Gaza sebagai sebahagian daripada sebarang perjanjian untuk melepaskan tebusan yang tinggal.
Sementara itu, Netanyahu berkata perang ini akan diteruskan sehingga pejuang Hamas dibinasakan dan tidak lagi menimbulkan ancaman kepada Israel.
Israel melancarkan perang selepas pejuang yang dipimpin pejuang Hamas menyerang komuniti Israel pada 7 Oktober 2023, membunuh 1,200 orang dan menculik lebih daripada 250 tebusan, menurut angka Israel.
(foto hiasan UNRWA)