Beli terus lebih murah berbanding rawat

KUALA LUMPUR 2 Dis. – Kos untuk Malaysia merawat sendiri air mentah adalah lebih tinggi, iaitu sekitar 1.80 sen bagi setiap meter padu berbanding sekiranya dibeli terus daripada Singapura, sekitar 11 sen bagi setiap meter padu. Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata,  ini menunjukkan ada timbal balik positif dalam Perjanjian Air Sungai Johor yang dimulakan pada 1962. “Harga ditetapkan bagi membeli air terawat daripada Singapura adalah 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Dalam isu air terawat ini, dahulu kita janji beli lima juta gelen…

Read More

Tiada calon SPM terjejas akibat banjir

PASIR MAS 2 Dis. – Semua calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terjejas akibat banjir berjaya menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu yang bermula hari ini, selepas operasi memindahkan mereka selesai sepenuhnya semalam. Menteri Pendidikan , Fadhlina Sidek berkata semua calon termasuk yang terperangkap diselamatkan pelbagai agensi tanpa ada yang tercicir dan mereka kini ditempatkan di asrama dengan diberi kemudahan terbaik. “Alhamdulillah semua calon SPM kita berjaya pindahkan ke tempat selamat iaitu ke asrama menerusi Op Payung dengan bantuan pelbagai agensi. “Semua calon yang ditempatkan di asrama diberi kemudahan terbaik termasuk…

Read More

Pemberontak tawan Aleppo

BEIRUT – Pasukan keselamatan kerajaan kehilangan kawalan ke atas bandar kedua terbesar Syria, Aleppo,semalam (Ahad), kali pertama sejak konflik saudara bermula. Serangan pantas gabungan pemberontak yang dikuasai oleh golongan pejuang Islam itu memberikan tamparan hebat kepada Presiden Bashar al-Assad. Gabungan pemberontak melancarkan serangan ke atas pasukan kerajaan yang disokong Iran dan Russia pada hari Rabu, hari yang sama gencatan senjata berkuat kuasa di  Lubnan antara Israel dan Hizbullah. Kumpulan jihad Hayat Tahrir al-Sham (HTS) dan puak bersekutu berkata, mereka kini “menguasai bandar Aleppo, kecuali kawasan kejiranan yang dikawal oleh pasukan…

Read More

UNRWA henti sementara hantar bantuan

GAZA – Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) menghentikan sementara penghantaran bantuan melalui lintasan Kerem Shalom, laluan utama untuk bantuan kemanusiaan masuk ke Gaza. Dalam kenyataannya, UNRWA mengambil keputusan itu disebabkan risiko keselamatan yang berterusan sepanjang laluan itu di mana pada 16 November konvoi besar trak bantuan dirompak kumpulan bersenjata dan beberapa trak makanan turut dilarikan. “Tanggungjawab untuk melindungi pekerja bantuan dan bekalan terletak pada Israel sebagai kuasa pendudukan. Mereka mesti memastikan aliran bantuan memasuki Gaza dengan selamat,” katanya. Ketua Pesuruhjaya UNRWA, Philippe…

Read More

“Kami sedang menderita dengan teruk”

GAZA – Lebih 415,000 rakyat Palestin yang menjadi pelarian, kini berlindung di bangunan sekolah Agensi Kerja dan Bantuan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA). UNRWA yang mendedahkan perkara itu berkata, ratusan ribu lagi berada dalam keadaan yang lebih teruk di tempat perlindungan sementara. Dalam satu hantaran di media sosial, UNRWA berkongsi sebuah video oleh Aisha, seorang daripada wanita yang menjadi pelarian, yang menceritakan tentang kehidupan di tempat perlindungan sementara itu “Tempat ini sepatutnya untuk pendidikan, bukan untuk tempat tinggal,” kata Aisha, menggambarkan kekurangan keperluan asas seperti makanan,…

Read More

Satu penghormatan kesetiaan kepada parti

PASIR GUDANG 1 Dis. – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, bersyukur tidak dikenakan tindakan oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR selepas dihadapkan ke Lembaga Disiplin berhubung isu U Mobile sebagai pengendali rangkaian 5G kedua. Sambil mengucapkan terima kasih, beliau menyifatkan keputusan MPP PKR itu sebagai satu penghormatan atas kesetiaannya kepada parti. “Keputusan parti membawa saya ke Lembaga Disiplin, mendengar pembelaan saya dan akhirnya putuskan tiada tindakan terhadap saya, adalah satu penghormatan kepada saya yang setia kepada parti. “Jadi apabila orang hormatkan kita, saya amat menghargainya. Sepanjang 50 tahun…

Read More

Ewon Benedick Pengerusi PH Sabah

KOTA KINABALU 1 Dis. – Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Ewon Benedick dipilih sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu, menggantikan Ketua Cabang PKR Kota Kinabalu,  Christina Liew. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu akan menyandang jawatan itu selama dua tahun selepas mendapat undian tertinggi pada pemilihan PH Sabah yang berlangsung di sini, petang ini. Pada sidang medianya selepas itu, Ewon menyifatkan kemenangannya sebagai satu tanggungjawab besar untuk masa depan Kerajaan Perpaduan. “Saya kini memegang tugas dan cabaran berat untuk memimpin PH Sabah bagi penggal seterusnya terkait dengan…

Read More

Bersatu cadang ambil tindakan terhadap SPRM

SHAH ALAM 1 Dis. –  Susulan pembekuan akaun parti itu yang berlarutan hampir dua tahun, Bersatu sedang mempertimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebuah bank. Presidennya, Muhyiddin Yasin menyifatkan pembekuan akaun parti itu tanpa sebab jelas adalah satu tindakan menyalahi undang-undang dan salah guna kuasa. “Selepas itu, sudah buka akaun baharu pun tak dibenarkan. (Jadi) saya sudah bincang dan minta peguam teliti seboleh mungkin untuk ambil tindakan terhadap pihak berkuasa yang bertanggungjawab. “Kemudian tindakan juga akan diambil pada bank yang tak boleh keluarkan perbelanjaan…

Read More