Kes baharu Indonesia 8,242

JAKARTA 8 Feb. – Kes harian jangkitan Covid-19 di Indonesia menunjukkan penurunan dengan catatan yang direkodkan hari ini 8,242 kes berbanding 10,827 yang direkodkan semalam.

Bagaimanapun jumlah kematian menunjukkan peningkatan dengan 207 kes berbanding 163 semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah kumulatif kes jangkitan kini 1,166,079 dan kematian pula meningkat kepada 31,763 orang. Manakala kes aktif pula 171,288.

Kes sembuh pula menunjukkan pertambahan dengan jumlah kumulatif kini 963,028 orang termasuk 13,038 pesakit yang dilaporkan  pulih hari ini.

Sementara itu Jakarta merekodkan 3.144 kes baharu diikuti Jawa Barat 1.500, Jawa Tengah 826, Jawa Timur 585 dan Kalimantan Timur 344.

Related posts

Leave a Comment