ICC terima banyak bukti, maklumat

THE HAGUE – Dalam tempoh 18 bulan terakhir, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengumpul lebih banyak bukti dan maklumat berbanding 20 tahun sejak penubuhannya, kata Ketua Pendakwaraya, Karim Khan.

Dalam ucapannya pada sesi ke-23 Perhimpunan Negara-Negara Pihak (ASP) kepada Statut Rom ICC, beliau berkata ICC telah menerima jumlah bukti dan dokumen terbesar dalam sejarahnya pada tahun lalu.

Katanya, badan bukan kerajaan (NGO) dan mangsa-mangsa mengemukakan banyak dokumen dan bukti di bawah Artikel 15 Statut Rom.

Beliau berkata, daripada 30 waran tangkap yang dikeluarkan oleh mahkamah, ketua pendakwa itu berkata 18 waran dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun terakhir.

Sambil menegaskan bahawa undang-undang mesti diterapkan secara adil kepada semua pihak, Khan berkata perlindungan yang dinikmati oleh penduduk di satu bahagian dunia tidak berbeza daripada yang dinikmati di bahagian dunia yang lain.

Beliau turut menyentuh mengenai kepentingan bekerjasama dan bertindak bersama untuk memenuhi tujuan mahkamah dan tugas yang ditetapkan kepadanya di bawah Statut Rom.

Untuk rekod pada 21 November lalu, ICC mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

 

(foto ICC)

Related posts

Leave a Comment