MB kekal Pengerusi PH Selangor

SHAH ALAM 2 Dis. – Mesyuarat Agung Tahunan Pakatan Harapan (PH) Selangor semalam mengekalkan  Menteri Besar Amirudin Shari sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025.

Jawatan Timbalan Pengerusi 1 disandang Pengerusi DAP Selangor, Ng Sze Han manakala Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai Timbalan Pengerusi 2.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor Dr Mohd Khairuddin Othman dalam kenyataan memberitahu, mesyuarat tersebut dihadiri 450 perwakilan daripada PKR, DAP dan Amanah.

Katanya, barisan Ahli Jawatankuasa (AJK) Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025, diluluskan secara sebulat suara.

Berikut senarai AJK Majlis Pimpinan Negeri PH Selangor bagi sesi 2024/2025:

Pengerusi Tetap: Zulfadzlee Shah Shaharuddin (Amanah)

Timbalan Pengerusi Tetap: Quratulain Atiqah Norzahirul Anuar (DAP)

Pengerusi: Amirudin Shari (PKR)

Timbalan Pengerusi 1 : Ng Sze Han (DAP)

Timbalan Pengerusi 2 : Izham Hashim (Amanah)

Naib Pengerusi 1: Borhan Aman Shah (PKR)

Naib Pengerusi 2: V. Ganabatirau (DAP)

Naib Pengerusi 3: Azli Yusof (Amanah)

Setiausaha: Dr Mohd Khairuddin Othman (PKR)

Penolong Setiausaha 1: Yeo Bee Yin (DAP)

Penolong Setiausaha 2: Kamarul Hisham Yeoh Hashim (Amanah)

Bendahari: Jamaliah Jamaluddin (DAP)

Penolong Bendahari 1: Elizabeth Wong Keat Ping (PKR)

Penolong Bendahari 2: Mazwan Johar (Amanah)

Ketua Penerangan: Abbas Salimi Che Adzmi@ Azmi (Amanah)

Penolong Ketua Penerangan 1: Halimey Abu Bakar (PKR)

Penolong Ketua Penerangan 2: Wong Siew Ki (DAP)

Ketua Pilihan Raya: Dr Yaakob Sapari (PKR)

Penolong Ketua Pilihan Raya 1: Tony Leong Tuck Chee (DAP)

Penolong Ketua Pilihan Raya 2: Zulkefli Mohd Nani (Amanah)

Ketua Pemuda Negeri: Wayne Ong Chun Wei (DAP)

Timbalan Ketua Pemuda Negeri 1: Muhammad Izuan Ahmad Kasim (PKR)

Timbalan Ketua Pemuda Negeri 2: Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (Amanah)

Ketua Wanita Negeri: Rawiyiah Zakaria (Amanah)

Timbalan Ketua Wanita Negeri 1: Rozana Zainal Abidin (PKR)

Timbalan Ketua Wanita Negeri 2: Tiew Wey Keng (DAP)

Pengarah Strategik: Saifuddin Shafi Muhammad (PKR)

Related posts

Leave a Comment