Hakim, adik Zahid Hamidi sertai Pas

SEPANG  15 Okt. – Adik kepada Presiden UMNO, Abdul Hakim Hamidi telah menyerahkan permohonan menyertai Pas sebagai ahli seumur hidup. Perkara itu dimaklumkan oleh Ahli Parlimen Parit Buntar, Mohd Misbahul Munir Masduki menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Pas Parit Buntar. “Semoga dengan kehadiran beliau dapat mengukuhkan lagi hubungan pimpinan UMNO yang cintakan perpaduan yang berlandaskan Islam,” katanya. Menerusi video tersebut, borang keahlian itu diserahkan kepada Presiden Pas, Abdul Hadi Awang di Ibu Pejabat Pas di Kuala Lumpur. Sementara itu memetik laporan FMT,  Hakim dilaporkan mendakwa perjuangan UMNO…

Read More

Tahanan ramai asas guna SOSMA terhadap ahli GISBH

KUALA LUMPUR 15 Okt . – Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, berkata, jumlah tahanan membabitkan 415 ahli GISB Holdings (GISBH) memaksa sebahagiannya ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). Beliau menjelaskan penahanan itu bagi membolehkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatan terhadap kes yang dianggap kompleks, mengandungi beberapa elemen jenayah termasuk eksploitasi, pemerdagangan serta pengubahan wang haram. “Saiz tangkapan begitu ramai. Kita akan minta reman. Mahkamah bagi (tempoh reman) tujuh hari, tapi kita belum selesaikan (siasatan) lagi. Sebab kita mahu libatkan 12 akta (seksyen siasatan). Kita minta…

Read More

GISBH: Wakil PKR, Pas pertikai guna SOSMA

KUALA LUMPUR 15 Okt. – Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan ahli kumpulan GISB Holdings (GISBH) di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) dianggap tidak wajar. Dua orang ahli Parlimen dari PKR dan Pas membangkitkan perkara itu ketika mengambil bahagian dalam perbahasan pada sesi penerangan menteri mengenai perkembangan dan tindakan berkaitan isu GISBH di Dewan Rakyat hari ini. Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) berkata, walaupun kumpulan itu mungkin bersalah kerana membawa fahaman yang menyeleweng daripada agama, namun mereka masih ada hak daripada sudut undang-undang negara. “Apa justifikasi menggunakan…

Read More

Bloomberg: PM serah pada polis, Peguam Negara

KUALA LUMPUR  15 Okt. – Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan ke atas Bloomberg selepas portal berita antarabangsa, mendakwa wujud campur tangan Perdana Menteri dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Perdana Menteri juga menyerahkan perkara berkenaan kepada Peguam Negara, Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh untuk mengambil tindakan yang bersesuaian. Katanya, setakat ini polis telah mengambil tindakan termasuk memanggil wakil Bloomberg serta individu. berkenaan dan menyerahkan kepada PDRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan pihak Peguam Negara untuk mengambil tindakan perundangan yang bersesuaian. Beliau berkata…

Read More

Maldives larang rokok elektronik

MALDIVES menjadi negara terbaru yang melaksanakan larangan terhadap rokok elektronik secara berperingkat mulai November ini dalam usaha proaktif memerangi ketagihan nikotin dan melindungi kesihatan awam. Presiden Mohamed Muizzu yang mengumumkan demikian dalam satu kenyataan berkata, kerajaan sedang mengambil langkah kukuh untuk melarang penggunaan vape itu. Beliau mengarahkan pihak berkuasa berkaitan untuk memulakan tindakan yang perlu bagi mengharamkan import peranti “vaporiser” , aksesori dan alat ganti mulai 15 November ini. Mulai 15 Disember pula, larangan itu juga akan dikenakan ke atas pemilikan, penggunaan, pembuatan, penjualan, promosi, dan pengedaran percuma peranti rokok…

Read More

Kapal tentera laut Rusia berlabuh

PULAU PINANG 15 Okt – Empat kapal Tentera Laut Rusia iaitu RFS GROMKIY (335), RFS REZKIY (343), RFS ALDAR TSYDENZHAPOV (339) dan PECHENGA di Swettenham Pier Cruise Terminal, semalam. Ketibaan kapal Tentera Laut Rusia disambut oleh delegasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diketuai Kepten Yusman Darmawan TLDM, Ketua Staf Markas Wilayah Laut 3 bersama delegasi Kedutaan Rusia di Malaysia. Menurut hantaran di Facebook TLDM, lawatan operasi oleh Tentera Laut Rusia itu selain dari ulang bekal dan istirehat kru adalah sempena Memorial Ceremony of the 110th Anniversary of the Death…

Read More

21 terbunuh di utara Lubnan

BEIRUT – Sekurang-kurangnya 21 orang terbunuh dalam serangan udara Israel di bandar Aitou, utara Lubnan, yang mempunyai majoriti penganut Kristian. Serangan itu telah terkena rumah yang telah disewakan kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal. Israel mengarahkan penduduk di 25 kampung di selatan Lubnan berpindah ke kawasan utara Sungai Awali yang mengalir kira-kira 60 km ke utara sempadan Israel. Perdana Menteri Benjamin Netanyahu melawat pangkalan tentera di Israel tengah, di mana empat askar terbunuh pada Ahad akibat serangan dron Hezbollah. Netanyahu berkata, Israel akan terus menyerang gerakan yang disokong Iran “tanpa…

Read More

OIC kutuk serangan berterusan Israel

ISTANBUL – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan maut Israel terhadap rakyat Palestin di utara Semenanjung Gaza, yang dikatakan bertujuan menghalang Hamas berkumpul semula di kawasan tersebut. Tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan di kawasan itu pada 6 Oktober lalu bdan selepas 10 hari serangan, lebih 300 terbunuh di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran di seluruh kawasan itu, Dalam satu kenyataan, OIC menyatakan “kecaman kerasnya terhadap peningkatan berterusan jenayah perang yang dilakukan oleh pendudukan Israel terhadap warga Palestin, terutamanya di utara Semenanjung Gaza.” Pertubuhan itu menggelar serangan Israel sebagai “sebahagian daripada percubaan…

Read More