ISTANBUL – Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan maut Israel terhadap rakyat Palestin di utara Semenanjung Gaza, yang dikatakan bertujuan menghalang Hamas berkumpul semula di kawasan tersebut.
Tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan di kawasan itu pada 6 Oktober lalu bdan selepas 10 hari serangan, lebih 300 terbunuh di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran di seluruh kawasan itu,
Dalam satu kenyataan, OIC menyatakan “kecaman kerasnya terhadap peningkatan berterusan jenayah perang yang dilakukan oleh pendudukan Israel terhadap warga Palestin, terutamanya di utara Semenanjung Gaza.”
Pertubuhan itu menggelar serangan Israel sebagai “sebahagian daripada percubaan yang bertujuan untuk perpindahan paksa, pembersihan etnik dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.”
Ia menganggap Israel “bertanggungjawab atas kesinambungan pencerobohan ini dan keganasan terancang yang diamalkan terhadap rakyat Palestin.”
OIC juga menggesa untuk mengenakan sekatan ke atas Israel dan mempertanggungjawabkannya “untuk semua jenayah dan pelanggaran yang berterusan.”
Pada masa sama, OIC juga menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) “untuk memikul tanggungjawabnya, melaksanakan resolusinya, mengenakan gencatan senjata segera dan menyeluruh.
UNSC juga perlu menamatkan pelanggaran berterusan Israel terhadap undang-undang antarabangsa dan resolusi PBB yang berkaitan yang dilakukan oleh pendudukan Israel.”
