PULAU PINANG 15 Okt – Empat kapal Tentera Laut Rusia iaitu RFS GROMKIY (335), RFS REZKIY (343), RFS ALDAR TSYDENZHAPOV (339) dan PECHENGA di Swettenham Pier Cruise Terminal, semalam.
Ketibaan kapal Tentera Laut Rusia disambut oleh delegasi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang diketuai Kepten Yusman Darmawan TLDM, Ketua Staf Markas Wilayah Laut 3 bersama delegasi Kedutaan Rusia di Malaysia.
Menurut hantaran di Facebook TLDM, lawatan operasi oleh Tentera Laut Rusia itu selain dari ulang bekal dan istirehat kru adalah sempena Memorial Ceremony of the 110th Anniversary of the Death of the Russian Sailor yang akan diadakan di dua lokasi sekitar Pulau Pinang.
Difahamkan kapal itu akan berlabuh sehingga Khamis ini.
(Foto TLDM)
