Teo Nie Ching ketuai DAP Johor

JOHOR BAHRU 6 Okt. – Buat pertama kali, wanita dipilih menerajui DAP Johor dalam pemilihan Jawatankuasa DAP Negeri yang berlangsung pada Konvensyen Biasa parti itu di Taman Ekoflora di sini, hari ini. Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Kulai yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dilantik ke jawatan itu susulan pengunduran Ahli Parlimen Iskandar Puteri Liew Chin Tong yang juga Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri. Chin Tong yang telah sedekad memegang jawatan Pengerusi DAP Johor itu bagaimanapun dipilih sebagai salah seorang daripada 20 ahli jawatankuasa DAP negeri yang dipilih hari ini.…

Read More

Tiada tolak ansur acara tidak senonoh

JOHOR BAHRU 6 Okt. – Johor menegaskan negeri ini tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular membabitkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, Kota Tinggi, kelmarin. Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail bertitah, tindakan sudah diambil terhadap pihak yang terbabit, “Tindakan sudah diambil dan pelakunya sudah ditahan. Tiada toleransi di Johor,” titah baginda melalui aplikasi X HRH Crown Prince of Johor hari ini susulan tular program itu di media sosial. Terdahulu, malam tadi, Menteri Besar, Onn Hafiz Ghazi menegaskan program larian…

Read More

Acara larian di luar pengetahuan MPP

KOTA TINGGI 6 Okt.- Penganjuran larian antarabangsa di Bandar Penawar, Kota Tinggi di sini, adalah di luar pengetahuan Majlis Perbandaran Pengerang (MPP), tidak mendapat mana-mana kelulusan. MPP menerusi kenyataan di Facebook (FB) berkata, tiada pemakluman kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit. Justeru sebarang kesalahan undang-undang termasuk menganjurkan aktiviti yang tiada permit akan diambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) dan Undang-Undang Kecil berkuatkuasa yang digunapakai. MPP juga tidak akan memberi kebenaran atau kelonggaran terhadap mana-mana pihak bagi penganjuran acara yang tidak menjaga sensitiviti agama Islam di…

Read More

Langkah Mahkota cetus ‘perang mulut’

SUDAH menang kerusi Dewan Undangan  Negeri (DUN) Mahkota, macam-macam cerita keluar. Perang ‘mulut’, tuduh menuduh, sindir menyindir melibatkan dua tiga kerat pemimpin parti Kerajaan Perpaduan – UMNO, DAP, Amanah dan PKR. Tidak seperti suasana selepas Perikatan Nasional (PN) menang di DUN Sungai Bakap – yang menang tenang, tidak berlaku  ‘perang mulut’ sementara yang kalah membisu seribu bahasa, mungkin meratapi kekalahan walaupun sebelum itu yakin. Mujurlah ‘perang’ parti politik Kerajaan Perpaduan di Mahkota berlaku sebelum penamaan calon dan selepas Barisan Nasional (BN) diisytiharkan mempertahankan kerusi itu. Jika berlaku sebelum itu mungkin…

Read More

DAP tidak tuntut jawatan di Johor

JOHOR BAHRU 6 Okt. –  DAP hari ini tampil menjelaskan bahawa parti itu tidak pernah mengemis jawatan atau mencadangkan supaya Kerajaan Perpaduan turut ditubuhkan di Johor, kata Setiausaha Agungnya, Anthony Loke. Beliau berkata, DAP tidak pernah ‘buka buku’ untuk sebarang perbincangan atau mengungkit berkaitan penubuhan kerajaan Perpaduan. Katanya, DAP selesa sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pengimbang yang menyokong kerajaan negeri bagi menjunjung titah Sultan Ibrahim Iskandar yang menitahkan tiada pembangkang di Johor sebaliknya hanya ada wakil pengimbang. Justeru beliau mahu polemik kononnya Pakatan Harapan (PH) Johor mahu Kerajaan Perpaduan…

Read More

Mode pilihan raya bermula April 2026

JOHOR BAHRU 6 Okt. – DAP Johor dan rakan-rakan seperjuangan perlu berada dalam mode pilihan raya bermula April 2026, seterusnya meningkatkan lagi persediaan menjelang suku terakhir 2026, kata Pengerusi Pengerusi DAP negeri, Liew Chin Tong. Beliau berkata, tempoh persiapan itu adalah berdasarkan pengalaman lalu dan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang akan tamat pada 20 April 2027 manakala Parlimen pula pada 19 Disember 2027. “Kita perlu membuat persediaan sekurang-kurangnya setahun sebelum tarikh tamat tempoh tersebut kemudian meningkatkan persiapan enam bulan sebelum tarikh itu, seterusnya menambah usaha apabila berada dalam…

Read More

PRESMA mohon maaf kekeliruan pelanggan

SEPANG – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan ahli-ahli yang mendaftar dengan persatuan itu terdiri daripada kaum India Muslim dan kaum Melayu sahaja. Dalam satu kenyataan, persatuan memohon maaf atas kekhilafan berhubung siaran poster ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa penggal 2024-2027 Malaysian Associated Indian Chamber of Commerce and Industry (MAICCI). “Baru-baru ini, kami telah memuat naik satu poster ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa MAICCI di laman Facebook PRESMA. Admin telah terlepas pandang untuk menyebut atau menggunakan perkataan “MAICCI” dalam poster tersebut. Sepatutnya, ucapan tahniah tersebut adalah daripada PRESMA kepada…

Read More

2,000 korban serangan Israel

BEIRUT – Kementerian Kesihatan Lubnan mengumumkan serangan Israel di negara itu mengorbankan lebih 2,000 orang termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak. Kumpulan Hezbollah dalam satu kenyataan berkata, tentera Israel memperbaharui usaha untuk mara di sekitar kampung Adysseh dan anggota Hezbollah menghadapi pertempuran yang berterusan. Sejak hujung bulan lalu, Israel melancarkan lebih 20 serangan udara ke atas kubu utama Hezbollah di selatan Beirut, yang menyaksikan kemusnahan besar-besaran di kawasan berpenduduk padat. Ia menyaksikan serangan udara berterusan selain berbalas tembakan di sempadan dan tidak berkurangan sehingga sekarang. Hezbollah mula melancarkan roket ke…

Read More

Setahun serangan ke atas Palestin

SEMENANJUNG GAZA – Menjelang setahun serangan Israel ke atas Palestin, tentera Zionis memberi amaran kepada penduduk supaya mengosongkan sebahagian daripada Gaza tengah sebagai persediaan ‘tindak balas serius’ terhadap pejuang Hamas di kawasan itu. Gesaan supaya segera mengosongkan kawasan Gaza itu arahan pertama sejak beberapa minggu berikutan tentera Israel mengalihkan tumpuannya kepada memerangi Hizbullah di Lubnan. “Hamas dan pertubuhan yang disokongnya meneruskan aktiviti ketenteraan mereka di kawasan anda dan akibatnya, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) akan bertindak dengan kekuatan berskala besar menentang unsur-unsur ini,” kata arahan pemindahan itu yang turut melampirkan peta…

Read More