Putra saran haramkan arak

HARAMKAN arak. Tutup kilang arak! Begitu saranan Presiden Putra, Datuk Ibrahim Ali sebagai reaksi kepada isu pemandu mabuk, langkah dan hukuman. Langkah itu baginya adalah sesuai dengan kedudukan arak yang haram di sisi Islam, Islam agama Persekutuan dan majoriti penduduk adalah orang Islam.

“Adakah kerajaan PN Melayu dan Islam mempunyai political will atau keberanian politik utk melaksanakan hukum Allah ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Ibrahim mengulas beberapa kes pemandu mabuk sejak kebelakangan ini yang menyebabkan kematian orang awam di jalan raya dan terdapat desakan supaya kerajaan mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah.

Beliau mengalu-ngalukan saranan semua pihak yang mahu hukuman berat dikenakan terhadap pemandu mabuk dan sewajarnya, pemandu yg mabuk dan melanggar mangsa sehingga mati, perlu dikenakan hukuman mati mandatori sama seperti seperti kesalahan dadah yang memudaratkan orang ramai.

Jika mangsa menjadi cacat, hukuman mandatori rotan patut di kenakan selain penjara semaksimum mungkin.

“Buat apa penjara seumur hidup kerana kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja makan minum, perubatan dan kos kawalan keselamatan serta pelbagai kos lagi. Cuba bayangkan berapa banyak wang rakyat dibazirkan,” katanya.

Beliau menarik perhatian, arak adalah bahan minuman yg memabukkan, yang boleh membawa peminum hilang akal, khayal dan hilang kawalan, sama seperti dadah.

“Kedua-duanya berbahaya, kerana ianya menjadi penagih hilang akal dan hilang kawalan serta khayal yang boleh menyebabkan kemudaratan sehingga membawa maut,” katanya.

Related posts

Leave a Comment