PRESMA mohon maaf kekeliruan pelanggan

SEPANG – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) menjelaskan ahli-ahli yang mendaftar dengan persatuan itu terdiri daripada kaum India Muslim dan kaum Melayu sahaja.

Dalam satu kenyataan, persatuan memohon maaf atas kekhilafan berhubung siaran poster ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa penggal 2024-2027 Malaysian Associated Indian Chamber of Commerce and Industry (MAICCI).

“Baru-baru ini, kami telah memuat naik satu poster ucapan tahniah kepada ahli jawatankuasa MAICCI di laman Facebook PRESMA.

Admin telah terlepas pandang untuk menyebut atau menggunakan perkataan “MAICCI” dalam poster tersebut. Sepatutnya, ucapan tahniah tersebut adalah daripada PRESMA kepada AJK MAICCI.

Kesilapan “typo” ini amatlah dikesali, dan kami mengucapkan terima kasih kepada pembaca budiman yang telah menegur kami. Admin telah membetulkan poster tersebut serta-merta,” kata kenyataan melalui Facebooknya.

Terdahulu tular poster itu yang kebanyakan pelanggan tertanya-tanya dan keliru sama ada ajk persatuan pengusaha ‘restoran Muslim’ itu terdiri daripada kaum India yang status agama juga dipertikaikan.

Ia susulan poster itu tidak menyebut MAICCI (Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Malaysia) yang seolah-olah ia adalah poster PRESMA.

Nnn

Related posts

Leave a Comment