Malaysia kecam sikap bongkak, biadab Israel

NEW YORK – Malaysia mengecam keras tindakan Israel yang disifatkan sebagai tidak peduli terhadap pandangan atau keputusan masyarakat antarabangsa susulan pembunuhan pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah.

Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, yang menyatakan kekesalan mendalam terhadap tindakan Israel itu yang disifatkan amat biadab dan bongkak serta tidak menghormati keputusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Israel kini menjadi sebuah negara yang amat biadab, bongkak, dan tidak peduli kepada saranan, pandangan atau keputusan yang dibuat oleh PBB. Mereka sudah melampaui batas.

Kita perlu mengambil tindakan drastik untuk mengekang kebiadaban mereka,” kata Mohamad selepas menyampaikan kenyataan negara di Perhimpunan Agung PBB (UNGA) ke-79.

Beliau menekankan keperluan untuk mengenakan sekatan senjata ke atas Israel bagi menghalang negara itu daripada terus menggunakan senjata untuk membunuh rakyat tidak bersalah, terutamanya wanita dan kanak-kanak.

“Jika kita tidak mengambil tindakan segera, kebiadaban ini akan berterusan. Hari demi hari, tahun demi tahun, kita hanya bersuara seperti ‘anjing menyalak bukit’, tetapi tiada apa-apa perubahan.

Saya juga menyatakan perkara ini kepada Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres dan beliau turut menyatakan rasa kesal terhadap situasi ini,” kata beliau.

Hizbullah pada Sabtu mengumumkan bahawa Setiausaha Agungnya, Hassan Nasrallah telah terkorban dalam serangan udara rejim Zionis di pinggir bandar selatan Beirut,

Dalam satu kenyataan, Hizbullah menyatakan, “Seyyed Hassan Nasrallah, Setiausaha Agung Hizbullah, telah menyertai rakan-rakan syahidnya yang agung dan abadi, yang jalannya dipimpinnya selama kira-kira 30 puluh tahun, gugur di jalan menuju Baitulmuqaddis dan Palestin.”

Nnnn

Related posts

Leave a Comment