KOTA BELUD 1 Sept. – Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor yakin kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) – Pakatan Harapan (PH) Plus mampu kembali memerintah selepas Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) yang dijangka diadakan tahun depan. Katanya, keyakinan itu berdasarkan perkembangan politik semasa di negeri ini dan penerimaan rakyat terhadap kerajaan sedia ada yang semakin baik serta gabungan itu memiliki kekuatan untuk berkhidmat kepada rakyat dan membangunkan negeri. “Saya tahu kekuatan parti kita. InsyaAllah, kita akan bersama dengan PH Plus, kita tetap akan menjadi kerajaan selepas PRN nanti,” katanya ketika merasmikan…
Read MoreDay: September 1, 2024
Op Tiris 3.0 rampas barang RM80.11 juta
KUDAT 1 Sept. – Op Tiris 3.0 yang dijalankan antara 1 Januari hingga 28 Ogos lalu berjaya menahan 496 individu dan merampas barang kawalan dan bersubsidi bernilai RM80.11 juta. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Armizan Mohd Ali berkata dalam tempoh sama, sebanyak 29,487 pemeriksaan diadakan di seluruh negar manakala 2,005 kes direkodkan. Op Tiris 3.0 adalah usaha kerajaan mengekang kegiatan penyelewengan dan penyeludupan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi meliputi bahan api diesel, petrol RON95, minyak masak bungkusan polibeg 1 kilogram, gas petroleum cecair (LPG), tepung gandum…
Read MoreBoleh siasat dakwaan Agong diperdaya
KUALA LUMPUR 1 Sept. – Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi berharap pihak berkuasa akan melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan beliau memperdaya Yang di-Pertuan Agong Ke-16 ketika proses pembentukan Kerajaan Perpaduan. Timbalan Perdana Menteri itu berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) dan Jabatan Peguam Negara wajar menyiasat tuduhan ke atas dirinya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN). “Saya harap pihak berwajib, polis, RoS atau AG sendiri boleh lakukan siasatan kerana ada 10 daripada Ahli Parlimen yang tandatangan akuan bersumpah (SD) (kepada Perikatan Nasional, PN). Namun, mereka turut…
Read MoreBN tidak relevan jika PH,PN bentuk kerajaan
KUALA LUMPUR 1 Sept. – Barisan Nasional (BN) akan menjadi gabungan yang tidak lagi relevan pasca Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) bergabung membentuk kerajaan ketika itu. Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui keadaan itu akan berlaku apabila PH memperoleh 82 kerusi manakala PN 73 yang menjadikan jumlahnya melebihi majoriti dua pertiga yang memerlukan 148 kerusi. “Ketika itu, PH ada 82 (kerusi), manakala PN (73 kerusi) dan titah Agong supaya kerajaan perpaduan diwujudkan. Jika 82 (PH) campur 73 (PN),…
Read MoreAnggerik Desa bukan sekadar ‘menyorok’
KHAMIS lalu, 29 Ogos ketika bermalam di Seberang Jaya, lokasi pilihan untuk menyorok adalah Anggerik Desa Tomyan, Bandar Sunway. Biasanya akan singgah di sini untuk makan tengah hari atau makan malam. Sebelum ini lebih kerap menyorok di pasar awam Seberang Jaya. Di situ macam-macam makanan ada. Kebiasaannya apabila disebut tomyam, ada yang beranggapan tomyam sahaja yang dijual dan biasanya pada waktu petang dan malam. Tetapi di Anggerik Desa Tomyam, sejak pukul 8 pagi, restoran orang Kelantan ini sudah menyediakan macam-macam makanan untuk menyorok atau sarapan.. Waktu pagi bukan sekadar juadah…
Read MoreBerita pilihan…
Serangan menjelang vaksinasi polio
KAHERAH: Sekurang-kurangnya 48 orang terbunuh di Semenanjung Gaza akibat serangan Israel, semalam, menjelang kempen vaksinasi polio oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kepada kira-kira 640,000 kanak-kanak di wilayah itu. Pemberian vaksin bergantung pada jeda selama lapan jam setiap hari dalam pertempuran antara tentera Israel dan Hamas di kawasan tertentu. Timbalan Menteri Kesihatan Gaza, Yousef Abu Al-Reesh berkata, pasukan vaksinasi akan memastikan liputan meluas. Bagaimanapun, katanya, hanya gencatan senjata menyeluruh dapat menjamin bilangan kanak-kanak yang mencukupi dapat dicapai. “Jika masyarakat antarabangsa benar-benar mahu kempen ini berjaya, mereka harus menyeru kepada gencatan senjata,…
Read More66,000 tentera Russia terkorban.
WARSAW : Dianggarkan lebih 66,000 anggota tentera Russia terkorban dalam peperangan di Ukraine, lapor saluran media bebas Russia, Mediazona dan BBC. Menurut, dua agensi itu secara sukarela mengira kematian sejak Februari 2022, menggunakan maklumat sumber terbuka daripada laporan rasmi dan media, serta imej satelit tanah perkuburan Russia untuk menganggarkan jumlah kubur bahar April lalu, mereka mengumumkan sudah menemui lebih 50,000 nama rakyat Russia yang terbunuh. Mediazona berkata, pihaknya mengetahui nama 66,471 askar Russia yang terkorban dalam peperangan sehingga 30 Ogos lalu. Senarai itu dikatakan meningkat lebih daripada 4,600 dalam tempoh empat…
Read More