HYDERABAD – Sebuah pesawat Air India yang dalam penerbangan ke Delhi dari Thailand berdepan gelora di udara menyebabkan 17 orang penumpang dan anak kapal mengalami kecederaan.
Air India dalam kenyataannya memaklumkan penerbangan AI2379 dari Phuket itu mengalami penurunan ketinggian secara mendadak semasa fasa penerbangan.
Bagaimanapun pesawat Airbus A320neo itu “meneruskan penerbangan seperti biasa” dan mendarat dengan selamat di Delhi pada pukul 11.07 pagi waktu tempatan.
Pesawat itu membawa 137 penumpang dan lapan kru dan daripada jumlah itu, 13 penumpang dan empat anak kapal mengalami kecederaan serta dibawa ke hospital untuk pemeriksaan perubatan.
Pihak pengurusan syarikat penerbangan itu telah memaklumkan kepada pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan serta Airbus, selain memberi kerjasama penuh terhadap siasatan berhubung insiden berkenaan.
Nnnn
