Menara Pisa dibuka selepas gempa

ROM – Menara Condong dibuka kepada pelawat seperti biasa selepas laporan awal mengesahkan tiada sebarang kerosakan dialami monumen itu berikutan gempa bumi yang menggegarkan kawasan sekitar Pisa.

Institut Geofizik dan Volkanologi Kebangsaan Itali (INGV) memaklumkan gempa itu berukuran 4.3 pada skala Richter di mana pusat gempa terletak kira-kira tujuh kilometer dari Pisa pada kedalaman lapan kilometer.

Pisa terkenal di seluruh dunia dengan Menara Condong yang berketinggian lebih 50 meter.

Itali terletak di sempadan antara plat tektonik Afrika dan Eurasia, menyebabkan seluruh negara itu kerap dilanda gegaran.

Hujung minggu lalu, gegaran kuat berlaku di Bandar Naples di selatan Itali — terkuat dalam tempoh empat dekad. Seramai 26 orang cedera dalam gempa bumi berukuran 4.7 pada skala Richter itu.

Nnn

Related posts

Leave a Comment