Istiadat perkahwinan diraja

KUANTAN 22 Ogos – Puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat diijabkabul dengan pasangan, FD Idzham FD Iskandar malam tadi. Istiadat Perkahwinan Diraja yang bermula pada pukul 8.30 malam berlangsung di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini. Berangkat ke istiadat itu, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj,  Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah…

Read More

PRK: Pemuda, Wanita mahu sayap dipilih

KUALA LUMPUR 22 Ogos –  Pemuda dan Wanita UMNO meminta pimpinan parti menampilkan wakil sayap parti itu sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang dijadualkan bulan depan. Malahan Pemuda akan mengemukakan usul tambahan pada Perhimpunan Agung UMNO esok dengan mengesyorkan pimpinan parti mempertimbangkan calonnya, Ketua Pemuda Kluang, Syed Hussein Syed Abdullah Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh, berkata permintaan khusus itu dizahirkan Pemuda sebagai bukti kesungguhan UMNO untuk berubah. “Usul sudah ada, kita minta usul ini dibawa ke (mesyuarat) MKT (Majlis Kerja Tertinggi)…

Read More

Banjir kilat sekitar WTC

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan banjir kilat selepas sekitar limpahan air Sungai Gombak naik sehingga membanjiri kawasan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan sebuah hotel berhampiran. Beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan itu hampir tenggelam, dipercayai dimiliki perwakilan atau mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di WTC. Ketika persidangan sayap UMNO sedang berlangsung, pihak pengurusan WTC membuat pengumuman supaya pemilik mengeluarkan segera kenderaan mereka dari kawasan berkenaan kerana paras air sedang naik. Difahamkan, berdekatan WTC juga, banjir kilat turut menjejaskan kenderaan yang…

Read More

Hentikan jualan produk Kopi Pejuang

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Semua peniaga termasuk atas talian diarah menghentikan serta-merta penjualan produk Kopi Pejuang yang dikesan mengandungi tadalafil, sejenis ubat untuk merawat kegagalan fungsi erektil atau mati pucuk. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kopi tersebut dikesan mengandungi tadalafil hasil tindakan penguatkuasaan terkini Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKMM) KKM. Menurut KKM, penggunaan tadalafil tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan kesan seperti pengurangan atau kehilangan penglihatan dan pendengaran, penurunan tekanan darah mendadak sehingga ke peringkat merbahaya dan kesan terhadap sistem kardiovaskular seperti strok dan…

Read More

Kapal kita masih perlu dibaiki – Puteri

KUALA LUMPUR  22 Ogos – UMNO perlu terus memberi perhatian dengan memperkukuhkan tiga teras utama iaitu agama, pendidikan dan ekonomi (3T) sebagai akar perjuangan bagi mengembalikan sokongan orang Melayu serta Bumiputera. Ketua Puteri UMNO Nurul Amal Mohd Fauzi, berkata UMNO perlu menjuarai dan memperkukuh 3T ini sebagai bekalan kepada anak muda dan naratif UMNO kepada pendokong dan penyokong UMNO. “3T ini teras kita, inilah perjuangan kita, inilah bekalan kita kepada anak muda dan inilah naratif kita kepada pendukung dan penyokong kita. Inilah UMNO yang menjadi bayangkara atau penjaga hak-hak orang…

Read More

Pendekatan holistik pembangunan ekonomi

KUALA LUMPUR 22 Ogos –  Kerajaan wajar mempertimbang semula pendekatan terhadap pembangunan ekonomi, dengan memerlukan pendekatan lebih holistik, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO,  Dr Noraini Ahmad. Beliau berkata, pendekatan itu bukan sahaja memberi bantuan jangka pendek tetapi membawa rakyat keluar terus daripada kitaran kemiskinan secara keseluruhan. Pada masa sama, katanya, golongan M40 juga tidak boleh diabaikan, yang disifatkan terlalu ‘kaya’ untuk layak menerima bantuan tetapi terlalu ‘miskin’ untuk hidup selesa dalam zaman ekonomi moden ini. Wanita UMNO faham keperluan untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan terapi masih mengharapkan kerajaan untuk mempertimbangkan semula…

Read More

Cukuplah Melayu bertelagah, berpecah

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Cukup-cukuplah bangsa kita ini bertelagah, berpecah belah. Itu permintaan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh ketika menyampaikan ucapan dasar pada perhimpunan agung sayap itu di Dewan Merdeka, WTC hari ini. Atas kesedaran ini, Pemuda UMNO menghulurkan tangan untuk mengajak ahli-ahli politik Melayu dari setiap parti politik, sama ada dalam UMNO mahupun di luar UMNO untuk sama-sama bergerak ke arah Penyatuan Melayu ini. “Selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia, saya menyeru agar semua ahli politk Melayu, buang ego masing-masing. Kerana dalam soal permasalahan orang Melayu, kita…

Read More

Pemuda UMNO bukan ejen PN

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh, membidas pihak tertentu yang mendakwa Pemuda UMNO kini menjadi ejen kepada Perikatan Nasional (PN) sebaliknya menegaskan, Pemuda amat menyayangi UMNO. Katanya, walaupun ada ketika mereka berbeza pendapat dalam Kerajaan Perpaduan, tetapi ia langsung tidak merubah kesetiaan sayap itu kepada UMNO. Justeru beliau memberi jaminan walaupun UMNO berada dalam Kerajaan Perpaduan, Pemuda akan pastikan nilai perjuangan tidak pernah berubah dengan tetap mempertahankan hak-hak Melayu, Islam, dan kedaulatan raja-raja Melayu. “Kami Pemuda UMNO boleh berkawan dengan sesiapa saja tetapi apabila…

Read More

Kuasai media sosial hadapi ‘perang’ PRU

KUALA LUMPUR – UMNO wajib mendominasi platform media sosial dalam mendepani ‘perang’ sebenar pilihan raya umum (PRU) akan datang bagi mengelak tragedi kekalahan terburuk dalam sejarah PRU14 dan PRU15 berulang. Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, berkata, kegagalan untuk mendominasi ‘Medan Perang Digital’ iaitu platform media sosial, boleh menghadirkan igauan yang sama pada PRU16 mahupun pada PRN Sabah nanti. “Hari ini, platform media sosial terutamanya Instagram dan TikTok sudah menjadi kitab (rujukan) untuk rakyat tahu perihal negara. Pincangnya langkah kita di situ, maka hilanglah kita ditanam fitnah beribu. Saya sebenarnya…

Read More

Pengambilan pekerja India lebih telus

NEW DELHI 22 Ogos –  Garis panduan pengambilan pekerja dari India akan lebih telus, adil, dan teratur susulan Kementerian Sumber Manusia memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) pengambilan pekerja asing yang sudah lupus 10 tahun lalu. Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, berkata langkah itu juga dapat mengemas kini prosedur pengambilan dan mencegah eksploitasi pekerja asing, yang akhirnya hanya merugikan negara dan pekerja tempatan di Malaysia. Katanya, MoU asal sudah luput pada 2014 tetapi dalam 10 tahun ini sekitar 130, 000 pekerja asing dari India memasuki Malaysia tanpa sebarang dasar menetapkan prosedur pengambilan.…

Read More