Pendekatan holistik pembangunan ekonomi

KUALA LUMPUR 22 Ogos –  Kerajaan wajar mempertimbang semula pendekatan terhadap pembangunan ekonomi, dengan memerlukan pendekatan lebih holistik, kata Ketua Pergerakan Wanita UMNO,  Dr Noraini Ahmad.

Beliau berkata, pendekatan itu bukan sahaja memberi bantuan jangka pendek tetapi membawa rakyat keluar terus daripada kitaran kemiskinan secara keseluruhan.

Pada masa sama, katanya, golongan M40 juga tidak boleh diabaikan, yang disifatkan terlalu ‘kaya’ untuk layak menerima bantuan tetapi terlalu ‘miskin’ untuk hidup selesa dalam zaman ekonomi moden ini.

Wanita UMNO faham keperluan untuk mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan terapi masih mengharapkan kerajaan untuk mempertimbangkan semula pendekatan terhadap subsidi.

“Kami menyambut baik usaha kerajaan melalui inisiatif seperti Bantuan Tunai Rahmah, namun berdasarkan pengalaman di lapangan, ia hanya setitis air di padang pasir kemiskinan yang semakin meluas.

“Di satu sudut, kita lihat pencakar langit yang menjulang tinggi, lebuh raya bertingkat dan pusat beli-belah mewah di merata tempat tapi di akar umbi, ibu tunggal terpaksa memilih antara membeli buku untuk anak atau membayar bil elektrik, graduan muda menjual nasi lemak kerana tidak mendapat pekerjaan setaraf kelayakan dan keluhan peniaga kecil yang tersepit, berjuang setiap hari untuk mengekalkan perniagaan.

“Kami faham keperluan mengoptimumkan perbelanjaan kerajaan tetapi kita juga perlu memahami setiap ringgit yang dikurangkan daripada subsidi adalah pukulan berat kepada rakyat yang sudah terbeban.

Kami mencadangkan kajian semula yang menyeluruh, pendekatan yang lebih berhemah dan berperingkat dalam rasionalisasi subsidi,” katanya ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini, hari ini.

Noraini berkata, UMNO sudah membuktikan komitmen tidak berbelah-bahagi dalam membela nasib rakyat sejak merdeka.

“Dengan pengalaman UMNO mentadbir negara dan pemahaman mendalam mengenai isu di peringkat akar umbi, kami menawarkan diri sebagai jambatan antara aspirasi pembangunan negara dan realiti kehidupan rakyat,” katanya.

Noraini berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap UMNO tidak pernah pulih sejak parti itu dan Barisan Nasional (BN) kehilangan tampuk pentadbiran Putrajaya.

Tegasnya, defisit kepercayaan sedemikian bukan perkara baharu, sebaliknya dihadapi sejak Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) apabila BN ditolak secara besar-besaran.

Menurut Noraini dalam RU13, UMNO memperoleh 122 kerusi tetapi menurun kepada 79 kerusi pada PRU14 dan terus menyusut pada PRU15 apabila cuma memiliki 30 kerusi.

Noraini berkata, perhimpunan kali ini perlu dijadikan titik mula dalam usaha menoktahkan krisis keyakinan rakyat.

Jelasnya, kerancuan atau ketidaktentuan politik pasca PRU15 wujud sehingga kini.
yang membawa kepada perbalahan politik secara terbuka, mencemarkan wajah demokrasi, yang menyebabkan pelabur lari meninggalkan negara.

“Paling ditakuti adalah kerancuan ini menyebabkan UMNO bukan sahaja kehilangan kepercayaan rakyat, tetapi juga sebahagian ahli parti sendiri,” katany

Dalam pada itu Wanita UMNO juga perlu melakukan kebangkitan semula bagi membina UMNO yang lebih kuat, inklusif dan bersedia berdepan pelbagai cabaran dalam era baharu.

Beliau berkata kebangkitan semula Wanita bukan hanya berkisar soal memenuhi kuota atau tuntutan luaran, sebaliknya mengoptimumkan bakat terbaik dalam parti.

“Renaisans atau kebangkitan semula, bukan sekadar perubahan kosmetik. Ia adalah kebangkitan semula jiwa, pembaharuan minda dan pencerahan visi.

Kita memulakan kebangkitan semula Wanita sebagai gerakan yang akan menggembleng tenaga, bakat dan potensi wanita untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

“Kebangkitan semula ini bukan sahaja akan memperkukuh UMNO tetapi juga politik Malaysia secara keseluruhan, yang akan membawa perspektif baharu kepada isu penting, seperti pendidikan, pembangunan ekonomi dan penjagaan kesihatan,” katanya.

Nnn

Related posts

Leave a Comment