Banjir kilat sekitar WTC

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan banjir kilat selepas sekitar limpahan air Sungai Gombak naik sehingga membanjiri kawasan Pusat Dagangan Dunia (WTC) dan sebuah hotel berhampiran.

Beberapa kenderaan yang diletakkan berhampiran kawasan itu hampir tenggelam, dipercayai dimiliki perwakilan atau mereka yang menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di WTC.

Ketika persidangan sayap UMNO sedang berlangsung, pihak pengurusan WTC membuat pengumuman supaya pemilik mengeluarkan segera kenderaan mereka dari kawasan berkenaan kerana paras air sedang naik.

Difahamkan, berdekatan WTC juga, banjir kilat turut menjejaskan kenderaan yang diletakkan di bekas tapak Hentian Bas Putra, yang kini dijadikan tempat letak kereta awam.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment