Larangan jual, guna tiga produk kosmetik

PUTRAJAYA 5 Ogos –  Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai mengelakkan penggunaan tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia. Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan telah membatalkan notifikasi tiga produk berkenaan iaitu GB Night Cream Treatment yang dikesan mengandungi hidrokuinon dan tretinoin; GB Herbal Cream Treatment (merkuri dan betamethasone 17-Valerate); serta Aniqa Night Cream (tretinoin). Pembatalan notifikasi produk terbabit dibuat oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM. Kenyataan itunp menjelaskan merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan…

Read More

Hasina letak jawatan, tinggalkan Bangladesh

DHAKA 5 Ogos –  Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina meletak jawatan hari ini dan melarikan diri ke luar negara susulan keganasan terburuk sejak kelahiran negara Asia Selatan itu lebih lima dekad lalu. Panglima tentera Jeneral Waker-Us-Zaman dalam ucapan di televisyen berkata, Hasina 76, telah meninggalkan negara itu dan kerajaan sementara akan dibentuk. Menurut satu sunber, Hasina “ingin merakamkan ucapan, tetapi tidak mendapat peluang untuk melakukannya.” Akhbar Prothom Alo pula melaporkan Hasina melarikan diri dari ibu negara manakala video sebuah helikopter didakwa membawa Hasina juga tular dalam media sosial, menyatakan wanita…

Read More

DAP pegang prinsip penyandang bertanding

JOHOR BAHRU 5 Ogos – DAP berpegang kepada prinsip parti penyandang kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini kekal bertanding jika Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan. Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, berkata prinsip itu sama seperti ketika pilihan raya kecil Pulai dan Simpang Jeram, dan juga dalam PRK-PRK yang lain. Katanya, DAP berpegang kepada amalan lazim Pakatan Harapan (PH) bahawa penentuan serta pelantikan calon dan pembahagian kerusi ditentukan oleh pucuk pimpinan parti  komponen secara musyawarah. “Biarlah kepimpinan membuat keputusan tanpa sebarang…

Read More

Pemuda Johor anggap Amanah gelojoh

JOHOR BAHRU 5 Ogos –  Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor kesal dengan sikap gelojoh dan tamak yang ditunjukkan oleh Amanah Kluang berhubung tuntutan untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota. Ketuanya, Noor Azleen Ambros berkata, Amanah langsung tidak menghormati sensitiviti keluarga dan waris Allahyarhamah Sharifah Azizah Syed Zain, mantan ADUN Mahkota yang baharu meninggal dunia. “Sikap gelojoh dan sifat tamak yang dipamerkan pimpinan Amanah Kawasan Kluang hanya menzahirkan kiblat kuasa, tanpa meletakkan sempadan nilai simpati dalam amalan mereka berpolitik. Seharusnya pimpinan Amanah menunjukkan contoh dengan…

Read More

Amanah Kluang tuntut DUN Mahkota

JOHOR BAHRU 5 Ogos – Amanah Kluang menuntut untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, yang sebelum ini dimenangi calon Barisan Nasional (BN) dari UMNO. Ketua Amanah Kluang, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain, berkata ia berikutan parti itu pernah memenangi kerusi DUN Mahkota pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan turut bertanding kerusi itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), pada 2022. Katanya ,analisis yang dibuat merujuk data PRU15, Amanah Kluang amat yakin calon  Pakatan Harapan (PH) jika diletakkan di DUN Mahkota boleh menang dengan selesa.…

Read More

Mossad didakwa upah ejen letak bom

TEHRAN: Mossad, agensi perisikan Israel, didakwa mengupah ejen keselamatan Iran untuk meletakkan bahan letupan di tiga bilik berasingan bangunan yang dihuni Ketua Politik Hamas, Ismail Haniyeh. Menurut laporan akhbar Britain, The Telegraph, rancangan asal Mossad adalah untuk membunuh Haniyeh ketika beliau menghadiri pengebumian bekas Presiden Iran, Ebrahim Raisi, pada Mei lalu. Dua pegawai Iran ketika mendedahkan perkara itu, bagaimanapun menjelaskan operasi berkenaan dibatalkan susulan jumlah orang ramai dalam bangunan dan berkemungkinan akan gagal. Sebaliknya, dua ejen itu meletakkan bahan letupan di tiga bilik di rumah tetamu Kor Pengawal Revolusi Iran…

Read More

Protes terbaru di Bangladesh ragut 91 jiwa

DHAKA: Pusingan terbaru protes di Bangladesh yang menuntut Perdana Menteri, Sheikh Hasina meletak jawatan menyaksikan sekurang-kurangnya 91 orang terbunuh, manakala 14 pegawai polis dan berpuluh-puluh lagi cedera. Mereka terbunuh akibat ditembak dan terkena letupan bom tangan yang dilontar oleh anggota polis bagi menyuraikan penunjuk perasaan yang kembali ke jalanan. Kematian yang dilaporkan oleh polis dan doktor semalam (Ahad) berlaku di ibu negara Dhaka dan daerah utara Bogura, Pabna dan Rangpur serta di Magura di barat, Comilla di timur dan Barisal dan Feni di selatan. Penunjuk perasaan menuntut Hasina meletak jawatan…

Read More