Masoud Pezeshkian, angkat sumpah presiden Iran

TEHRAN: Reformis Iran, Masoud Pezeshkian, 69 mengangkat sumpah sebagai presiden kesembilan republik Islam itu untuk tempoh empat tahun pada petang Selasa waktu tempatan dalam satu upacara di adewan Utama Parlimen. Upacara yang turut dihadiri delegasi dari kira-kira 88 buah negara dan pegawai kanan Kerajaan Iran itu diadakan dua hari selepas Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengesahkan keputusan pilihan raya presiden itu. “Saya sebagai presiden, di hadapan kitab sucu al-Quran dan rakyat Iran, bersumpah kepada Tuhan Maha Kuasa untuk menjadi penjaga agama rasmi, sistem Republik Islam dan perlembagaan…

Read More

Larangan jualan ais krim campur ubat batuk

PUTRAJAYA 30 Julai  – Semua premis yang terlibat diminta menghentikan serta merta aktiviti penjualan produk ais krim yang dicampur ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) bagi keselamatan pengguna. Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan arahan itu susulan semakan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) mendapati ais krim berkenaan disediakan bersama picagari berisi ubat batuk Pei Pa Koa. Dalam kenyataannya, KKM menegaskan Seksyen 13B (2) Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan dan sekiranya disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000…

Read More

Hentikan polemik tajaan syarikat arak

SEREMBAN 30 Julai –  Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, meminta semua pihak menghentikan polemik berkaitan sumbangan dan tajaan daripada syarikat minuman keras kepada pihak sekolah. Katanya, Jemaah Menteri dan Kementerian Pendidikan (KPM) kekal dengan  pekeliling 2018 yang antara lain melarang pihak sekolah menerima sumbangan dan tajaan daripada syarikat minuman keras. Beliau berkata, keputusan yang sudah dibuat itu adalah yang terbaik untuk kepentingan semua pihak dan tidak harus dijadikan polemik berterusan. “Saya fikir sudah cukup dengan penegasan yang dibuat oleh mesyuarat Jemaah Menteri dan penegasan oleh KPM sendiri, saya rasa tidak ada…

Read More

Tarik kurniaan jika berlaku salah laku

KUANTAN 30 Julai – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tidak akan teragak-agak untuk menarik semula darjah kebesaran yang dikurniakan sekiranya terdapat salah laku yang menjejaskan nama baik institusi beraja dan negara dalam kalangan penerima. Titah baginda, setiap pingat yang diterima bukanlah sekadar penghargaan tetapi juga satu amanah dan pada masa yang sama mengingatkan penerima supaya tidak menjadikan anugerah dunia ini sebagai asbab keangkuhan dan besar diri. “Beta ingin ingatkan juga di sini beta tidak sesekali berkompromi dan tidak akan teragak-agak untuk menarik semula darjah kebesaran yang telah…

Read More

Bimbang pendatang ‘jajah’ tanah Pahang

KUANTAN 30 Julai –  Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan tanah di Pahang mula `dijajah’ pendatang asing secara terang-terangan berikutan kurangnya nilai integriti. Baginda bertitah, sebagai contoh tanah di Cameron Highlands yang dipajak dan disewa kepada petani serta pengusaha tetapi kini disewakan kepada warga asing. “Demi hanya mengikut nafsu dan mementingkan wang ringgit, kita sanggup menggadai integriti dan membiarkan tanah di negeri ini diratah oleh bukan pemiliknya,” titah baginda. Menurut baginda, apa yang lebih mendukacitakan lagi warga asing mengambil alih peranan sebagai `tauke’ yang mengawal bekalan…

Read More

Keselamatan siber Malaysia masih lemah

PUTRAJAYA 30 Julai –  Malaysia masih berada di tahap lemah dalam aspek keselamatan siber berbanding negara-negara lain, kata Perdana Menteri, Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, bagi menangani isu berkenaan ia memerlukan banyak latihan, kepakaran serta jaringan dengan badan risikan siber. Beliau berkata, beberapa tindakan tegas diperlukan antaranya peraturan yang bakal diperkenal, bertujuan mengatasi jenayah dalam talian dan buli siber, sekali gus mewujudkan persekitaran maya yang selamat untuk pengguna. Katanya, antara yang dilakukan kerajaan dalam menangani isu ini adalah dengan memperkenalkan Rang Undang-Undang Keselamatan Siber. “Baru-baru ini Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil…

Read More

Tambahan RM100 juta tingkat keselamatan

PUTRAJAYA 30 Julai – Sebanyak RM100 juta peruntukan tambahan disediakan bagi meningkatkan fasiliti keselamatan di sempadan Kedah, Perlis dan Kelantan dalam usaha kerajaan menangani pelbagai isu dan jenayah rentas sempadan. Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu seiring komitmen Malaysia dan Thailand membangunkan kawasan bagi merancakkan ekonomi di utara Semenanjung dan selatan Thailand. Beliau yang juga Menteri Kewangan juga memaklumkan, akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin pada 3 Ogos ini bagi membincangkan isu keselamatan negara dan merancakkan ekonomi dua wilayah itu. Pertemuan yang akan berlangsung di Sungai…

Read More

Mahu ke mana Gerakan selepas BN, PN

UGUT mengugut dalam parti politik adalah satu perkara biasa. Kadang-kadang ‘ugutan’ itu ada muslihat tertentu demi kepentingan puak atau kumpulan masyarakat yang diwakili. Dalam erti kata lain ia sekadar ‘lakonan’. Apa pun dalam gabungan parti politik, persefahaman amat penting. Justeru sebarang kenyataan tidak boleh diambil mudah walaupun jika ada muslihat tertentu. Esok lusa tarik balik dan keadaan menjadi reda. Lain kali ugut lagi! Terkini yang menarik perhatian pemerhati politik adalah apa yang berlaku dalam kelurga Perikatan Nasional (PN) yang menggabungkan Bersatu, Pas, Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia atau Malaysian…

Read More

Bapa budak pandu kereta tampil di balai

SEPANG 30 Julai – Polis merakamkan percakapan bapa kepada kanak-kanak bawah umur yang memandu kereta di Taman Putra Impiana, Puchong, Selangor, semalam selepas lelaki itu tampil memberi keterangan. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melalui video tular di media sosial, pada 6.30 petang semalam. Siasatan awal  kanak-kanak berusia 12 tahun memandu kereta jenis Perodua Viva bersama adik-adiknya yang masing-masing berusia 4 dan 6 tahun untuk bersiar-siar di taman perumahan kediaman, pukul 8 malam, Ahad lepas. “Polis berjaya mengesan waris…

Read More