Bapa budak pandu kereta tampil di balai

SEPANG 30 Julai – Polis merakamkan percakapan bapa kepada kanak-kanak bawah umur yang memandu kereta di Taman Putra Impiana, Puchong, Selangor, semalam selepas lelaki itu tampil memberi keterangan.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian melalui video tular di media sosial, pada 6.30 petang semalam.

Siasatan awal  kanak-kanak berusia 12 tahun memandu kereta jenis Perodua Viva bersama adik-adiknya yang masing-masing berusia 4 dan 6 tahun untuk bersiar-siar di taman perumahan kediaman, pukul 8 malam, Ahad lepas.

“Polis berjaya mengesan waris kepada adik-beradik itu dan bapa mereka telah tampil ke balai polis untuk dirakamkan percakapan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Kamarul Azran berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya l.

Ini bukan kali pertama kes seumpama itu berlaku apabila seorang kanak-kanak berusia enam tahun dikesan memandu kereta Toyota Vios milik keluarganya sehingga terbabit kemalangan di Jalan Bukit Tangga, Langkawi tahun lalu.

Kanak-kanak terbabit dikatakan memandu sejauh 2.5 kilometer dari rumah bersama adiknya berusia tiga tahun untuk ke kedai, membeli mainan.

Satu kes lagi dipercayai berlaku Kampung Pendamar di Klang, Selangor, tahun lalu apabila tular video menunjukkan sebuah kereta Proton Saga berwarna silver dipandu oleh seorang kanak-kanak lelaki.

Lebih mengejutkan apabila budak lelaki itu begitu berani memandu kereta di jalan raya yang sesak.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment